My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 207

Financial Services Act 2013 s 207

s 207 Application of insurance fund in winding up

(1) In the winding up of a licensed insurer, the assets of an insurance fund shall be applied to meet its liabilities to policy owners and claimants under policies of that fund and these liabilities shall have priority over unsecured liabilities of that fund, other than preferential debts set out in subsection 292(1) of the Companies Act 1965 and debts due and claims owing to the Government under section 10 of the Government Proceedings Act 1956, to the extent that they are apportioned to the insurance fund. (2) Subject to subsection (1)— (a) the assets of an insurance fund as established under section 81 shall first be applied to meet the liabilities of that fund; (b) where the assets of an insurance fund, other than a life fund relating to participating life policies, exceed its liabilities, the surplus assets may be applied to meet the liabilities of its other insurance funds which are in deficit and if the surplus assets of two or more insurance funds are applied, they shall be applied proportionately to the amounts of the surpluses and if the surplus assets are applied to meet the liabilities of two or more insurance funds which are in deficit, they shall be applied proportionately to the amounts of the deficits; (c) any deficit subsisting after application of the assets of the insurance funds under paragraphs (a) and (b) shall be met out of the assets of the shareholders’ funds, and unsatisfied liabilities to a policy owner and claimant under a policy shall have priority over other unsecured liabilities other than preferential debts specified under subsection 292(1) of the Companies Act 1965 and debts due and claims owing to to the Government under section 10 of the Government Proceedings Act 1956; and (d) any other assets held by the licensed insurer, including surplus assets in a life fund relating to participating life policies, shall be used in a manner as may be prescribed by the Bank. (3) Without limiting the generality of subsection (2), where the Bank under subsection 81(1) has specified that a licensed foreign insurer shall establish and maintain separate insurance funds for its Malaysian policies, in the winding up of the licensed foreign insurer, the assets of these funds— (a) shall only be applied to meet the liabilities of those funds; and (b) with effect from the date of the winding up of the licensed foreign insurer, shall not be sold, removed, dissipated, alienated, transferred, assigned, encumbered, distributed or otherwise dealt with in any manner whatsoever without the prior written approval of the Bank. (4) Notwithstanding anything to the contrary in section 340 of the Companies Act 1965 or the winding up order for a licensed foreign insurer, the provisions of this section shall prevail and have full force and effect. (5) Any person who contravenes paragraph (3)(b) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding fifty million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Pemakaian kumpulan wang insurans dalam penggulungan

(1) Dalam penggulungan penanggung insurans berlesen, aset kumpulan wang insurans hendaklah digunakan untuk memenuhi liabilitinya kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi kumpulan wang itu dan liabiliti ini hendaklah mempunyai keutamaan berbanding dengan liabiliti tidak bercagar kumpulan wang itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956, setakat yang ia dikadarkan kepada kumpulan wang insurans. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1)— (a) aset kumpulan wang insurans yang ditubuhkan di bawah seksyen 81 hendaklah digunakan pertamanya untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu; (b) jika aset kumpulan wang insurans, selain suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, melebihi liabilitinya, lebihan aset itu boleh digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang insuransnya yang lain yang tidak mencukupi dan sekiranya lebihan aset bagi dua atau lebih kumpulan wang insurans digunakan, kumpulan wang itu hendaklah digunakan mengikut kadar atas amaun lebihan itu dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk memenuhi liabiliti dua atau lebih kumpulan wang insurans yang tidak mencukupi, kumpulan wang itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu; (c) apa-apa ketidakcukupan yang masih ada selepas penggunaan aset kumpulan wang insurans di bawah perenggan (a) dan (b) hendaklah dipenuhi daripada aset kumpulan wang pemegang syer, dan liabiliti kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi yang tidak dipenuhi hendaklah mempunyai keutamaan berbanding dengan liabiliti tidak bercagar yang lain selain hutang keutamaan yang ditentukan di bawah subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956; dan (d) apa-apa aset lain yang dipegang oleh penanggung insurans berlesen itu, termasuk lebihan aset dalam suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, hendaklah digunakan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank. (3) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2), jika Bank di bawah subseksyen 81(1) telah menentukan bahawa penanggung insurans asing berlesen hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang insurans berasingan bagi polisi Malaysianya, dalam penggulungan penanggung insurans asing berlesen itu, aset kumpulan wang ini— (a) hendaklah hanya digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu; dan (b) berkuat kuasa dari tarikh penggulungan penanggung insurans asing berlesen itu, tidak boleh dijual, dialih, dilesapkan, diberi milik, dipindahkan, diserahhakkan, dibebankan, diagihkan atau diuruskan selainnya dengan apa-apa cara jua tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam seksyen 340 Akta Syarikat 1965 atau suatu perintah penggulungan bagi penanggung insurans asing berlesen, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa penuh dan berkesan. (5) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya. Penggal 4 Peruntukan am berhubungan dengan tindakan yang diambil oleh Bank

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next