My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 221

Financial Services Act 2013 s 221

s 221 Powers of entry, search and seizure with warrant

(1) Where it appears to a magistrate, upon written information, on oath and after such inquiry as he considers necessary that there is reasonable cause to believe that— (a) any premises have been used or are about to be used for; or (b) there is in any premises evidence necessary to the conduct of an investigation into, the commission of an offence under this Act, the magistrate may issue a warrant authorizing an investigating officer named in the warrant, at any reasonable time, by day or by night and with or without assistance to enter the premises and if need be by force. (2) A warrant under subsection (1) may authorize the investigating officer to— (a) enter any premises and search for, seize and detain any property, apparatus, equipment, machinery, computer, computer output, system, data, books, document or information; (b) have access to, inspect, make copies of, or take extracts from, any computer, computer output, system, data, books, document or information so seized and detained, including access to any program or data held in any computer or have access to, inspect or check the operation of any computer and any associated apparatus or material; (c) take possession of, and remove from the premises, any property, apparatus, equipment, machinery, computer, computer output, system, data, books, document or information so seized and detained; (d) search any person who is in, or on, such premises, and for the purpose of such search, detain such person, subject to section 225, and remove him to such place as may be necessary to facilitate the search, and seize and detain any property, apparatus, equipment, machinery, computer, computer output, system, data, books, document or information found on such person; (e) break open, examine, and search, any article, container or receptacle, including assessing into a computer; or (f) stop, detain or search any conveyance. (3) An investigating officer may if it is necessary so to do— (a) break open any outer or inner door of such premises or other obstruction to the premises, in order to effect entry into the premises; (b) forcibly enter the premises and every part of the premises; (c) remove by force any obstruction to entry, search, seizure, detention or removal as he is empowered to effect under this section; or (d) detain, subject to section 225, any person found in any premises, or in any conveyance, searched under subsection (1) until such premises or conveyance have been searched. (4) An investigating officer shall for the purposes of this section be provided with the necessary password, encryption code, decryption code, software or hardware and any other means required to enable comprehension of any program or data held in any computer including in a form in which the information contained in a computer can be taken away and in which it is visible and legible. (5) Any computer output, data, books, document, information or statement obtained by or provided to an investigating officer in the course of a search under this section shall, notwithstanding any law to the contrary, be admissible in evidence in any proceedings under this Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita dengan waran

(1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, atas maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau (b) terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan sekiranya perlu dengan kekerasan. (2) Suatu waran di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penyiasat itu untuk — (a) masuk ke dalam mana-mana premis dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat; (b) mempunyai akses untuk, memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada, mana-mana komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian, termasuk akses kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau mempunyai akses untuk, memeriksa atau menyemak operasi manamana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya; (c) mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian; (d) memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu, tertakluk kepada seksyen 225, dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk membantu pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang dijumpai pada orang itu; (e) memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas, termasuk mengakses komputer; atau (f) memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana kenderaan. (3) Seorang pegawai penyiasat boleh jika adalah perlu untuk berbuat demikian— (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau halangan lain kepada premis itu, untuk masuki ke dalam premis itu; (b) masuk dengan kekerasan premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu; (c) memindah dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; atau (d) menahan, tertakluk kepada seksyen 225, mana-mana orang yang dijumpai dalam mana-mana premis, atau apa-apa kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau kenderaan itu selesai digeledah. (4) Seorang pegawai penyiasat hendaklah bagi maksud seksyen ini disediakan dengan kata laluan yang perlu, kod enskripsi, kod diskripsi, perisian atau perkakasan dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca. (5) Apa-apa output komputer, data, buku, dokumen, maklumat atau penyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa berjalannya suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang yang bertentangan, menjadi boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next