My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 262

Financial Services Act 2013 s 262

s 262 Opportunity to make representations

(1) Where— (a) the Minister, on the recommendation of the Bank, proposes to take any action against any person under subsection 13(1), 20(1) or (2), 30(3) or section 193; or (b) the Bank proposes to take any action against any person under subsection 13(1), 20(1), (2) or (3), section 21, subsection 30(3), section 34 or 39, subsection 94(2), 116(2) or (3), 120(1), 140(5) or 156(1), section 162, subsection 167(1) or 172(1) or against any person in breach referred to in subsection 234(1), the Bank shall serve on such person a written notice of the proposed action. (2) The written notice under subsection (1) shall set out— (a) the action that the Minister or the Bank, as the case may be, proposes to take and the grounds for such action; (b) the period within which the person referred to in subsection (1) may make a written representation to the Minister or the Bank, as the case may be; (c) in the case of any proposed action under subsection 94(2), 140(5) or 234(3), the non-compliance or breach committed by the person; and (d) where the Bank proposes to impose a monetary penalty under paragraph 234(3)(b), the right of the person in breach to pay, within a period specified in the notice, the monetary penalty stated in such notice. (3) The person referred to in subsection (1) shall be given a reasonable opportunity to make a written representation to the Minister or the Bank, as the case may be, by submitting such representation to the Bank within fourteen days from the date of the notice by the Bank. (4) After the expiry of the period of fourteen days from the date of the notice by the Bank and considering any written representation under subsection (3), the Minister, on the recommendation of the Bank, or the Bank, as the case may be, shall decide whether to— (a) proceed with the proposed action or a variation of such action; or (b) take no further action. (5) The Minister or the Bank, as the case may be, shall give the person referred to in subsection (1) a written notice of the decision under subsection (4) and the decision shall take effect from the date specified in the notice. (6) Notwithstanding subsection (1), the Minister or the Bank may, as the case may be, first take the proposed action and the opportunity to make representations shall be given immediately after the action has been taken if any delay in taking the proposed action would be detrimental to the interests of any authorized person, registered person, operator of a designated payment system, depositors, policy owners, participants, creditors, the financial system or the public generally. (7) The Minister or the Bank may, as the case may be, confirm, amend or revoke the exercise of action taken under subsection (6) in consequence of representations made under that subsection. (8) Subsection (6) shall not apply to any action taken under section 234. (9) This section shall not apply to— (a) a proposed action under subsection 13(1) unless the proposed action is likely to prejudice the interest of the person referred to in subsection (1); and (b) a revocation of a licence under paragraph 20(1)(e), (f) or (g).

Malay text (authoritative)

Peluang untuk membuat representasi

(1) Jika— (a) Menteri, atas syor Bank, bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 13(1), 20(1) atau (2), atau 30(3) atau seksyen 193; atau (b) Bank bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 13(1), 20(1), (2) atau (3), seksyen 21, subseksyen 30(3), seksyen 34 atau 39, subseksyen 94(2), 116(2) atau (3), 120(1), 140(5) atau 156(1), seksyen 162, subseksyen 167(1) atau 172(1) atau terhadap mana-mana orang yang mungkir yang disebut dalam subseksyen 234(1), Bank hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis mengenai tindakan yang dicadangkan itu. (2) Notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan— (a) tindakan yang Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, bercadang untuk mengambil dan alasan bagi tindakan itu; (b) tempoh yang orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan; (c) dalam hal apa-apa tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 94(2), 140(5) atau 234(3), ketidakpatuhan atau kemungkiran yang dilakukan oleh orang itu; dan (d) jika Bank bercadang untuk mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan 234(3)(b), hak orang yang mungkir itu untuk membayar, dalam suatu tempoh yang ditentukan dalam notis, penalti monetari yang dinyatakan dalam notis itu. (3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan suatu peluang yang munasabah untuk membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan mengemukakan representasi itu kepada Bank dalam empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank. (4) Selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank dan mempertimbangkan apa-apa representasi bertulis di bawah subseksyen (3), Menteri, atas syor Bank, atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memutuskan sama ada untuk— (a) meneruskan tindakan yang dicadangkan atau pengubahan tindakan itu; atau (b) tidak mengambil tindakan selanjutnya. (5) Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan orang yang disebut dalam subseksyen (1) suatu notis bertulis mengenai keputusan di bawah subseksyen (4) dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu. (6) Walau apa pun subseksyen (1), Menteri atau Bank boleh, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengambil tindakan yang dicadangkan terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberikan serta-merta selepas tindakan telah diambil sekiranya apa-apa kelengahan dalam mengambil tindakan yang dicadangkan akan memudaratkan kepentingan mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pendeposit, pemunya polisi, peserta, pemiutang, sistem kewangan atau orang awam secara amnya. (7) Menteri atau Bank boleh, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengesahkan, meminda atau membatalkan pelaksanaan tindakan yang diambil di bawah subseksyen (6) berbangkit daripada representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu. (8) Subseksyen (6) tidak terpakai bagi apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 234. (9) Seksyen ini tidak terpakai bagi— (a) suatu tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 13(1) melainkan jika tindakan yang dicadangkan itu mungkin akan memudaratkan kepentingan orang yang disebut dalam subseksyen (1); dan (b) suatu pembatalan suatu lesen di bawah perenggan 20(1) (e), (f), atau (g).

Read this section in the full act → · Open Part XVI →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next