My bookmarksSign up free
← Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 11

Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 11

s 11 Effect of appointment of Administrator

(1) On the appointment of the Administrator, a moratorium shall take effect during which— (a) no petition for the winding up of the Administered Companies may be filed by any person in any court; (b) no resolution may be passed or order made for the winding up of the Administered Companies; (c) no receiver, receiver and manager or provisional liquidator, may be appointed, or if appointed, his appointment shall immediately cease and he shall vacate his office; (d) no steps may be taken— (i) to create, perfect or enforce any security over any property of the Administered Companies; (ii) to enforce a judgment over any property of the Administered Companies; (iii) to re-possess any property in the possession, custody or control of the Administered Companies; or (iv) to set off any debt owing to the Administered Companies in respect of any claim against the Administered Companies, e x c e p t w i t h t h e p r i o r w r i t t e n c o n s e n t o f t h e Administrator; (e) no proceedings and no execution or other legal process in any court or tribunal may be commenced or continued with, and no distress may be levied, against the Administered Companies or their property except with the prior written consent of the Administrator; (f) any application made under section 176 of the Companies Act 1965 shall be adjourned sine die and any restraining order issued under subsection 176(10) of the Companies Act 1965 shall be immediately discharged and set aside; and (g) no proceedings and no execution or other legal process in any court or tribunal may be commenced, or continued with, against any person providing a guarantee or acting as a guarantor for the liability of the Administered Companies in respect of that liability except with the prior written consent of the Administrator. (2) The Administrator shall not be liable to an action or other damages in respect of a refusal to give his consent under subsection (1). (3) The appointment of the Administrator shall not— (a) be regarded as placing the Administrator or the Administered Companies in breach of or in default under any contract, or in breach of confidence; (b) be regarded as placing the Administered Companies in breach of or in default under any contract or be regarded as giving rise to a right or duty for any person to— (i) terminate, cancel or modify an agreement; (ii) enforce or accelerate the performance of an obligation of the Administered Companies; (iii) require the performance of an obligation not otherwise arising for performance; or (iv) refuse or discontinue the performance of his obligations; (c) be regarded as placing the Administrator or the Administered Companies in breach of any law or agreement prohibiting, restricting or regulating the assignment, sale, disposition or transfer of any property or disclosure of information; (d) release a surety from an obligation; (e) invalidate or discharge a contract or security; (f) be regarded as terminating, cancelling or varying any right, privilege, exemption or priorities in relation to a property of the Administered Companies; or (g) be regarded as placing the Administered Companies or the Administrator in breach of any law or any order of any court. (4) Nothing in this section shall prevent any civil or criminal proceedings from being instituted or continued by any regulatory body against the Administered Companies.

Malay text (authoritative)

Kesan pelantikan Pentadbir

(1) Apabila Pentadbir dilantik, suatu moratorium hendaklah berkuat kuasa yang dalam tempoh itu— (a) tiada petisyen bagi penggulungan Syarikat yang Ditadbir boleh difailkan oleh mana-mana orang dalam mana-mana mahkamah; (b) tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan Syarikat yang Ditadbir; (c) tiada penerima, penerima dan pengurus atau penyelesai sementara, boleh dilantik, atau jika dilantik, pelantikannya hendaklah terhenti dengan serta-merta dan dia hendaklah mengosongkan jawatannya; (d) tiada langkah boleh diambil— (i) untuk mewujudkan, menyempurnakan atau menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta Syarikat yang Ditadbir; (ii) untuk menguatkuasakan suatu penghakiman ke atas apa-apa harta Syarikat yang Ditadbir; (iii) untuk memiliki semula apa-apa harta dalam milikan, jagaan atau kawalan Syarikat yang Ditadbir; atau (iv) untuk menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada Syarikat yang Ditadbir berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap Syarikat yang Ditadbir, kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu; (e) tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang yang lain dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dilevikan, terhadap Syarikat yang Ditadbir atau hartanya kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu; (f) apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen 176 Akta Syarikat 1965 hendaklah ditangguhkan sine die dan apa-apa perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 176(10) Akta Syarikat 1965 hendaklah dilepaskan dan diketepikan dengan serta-merta; dan (g) tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang yang lain dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan, atau diteruskan, terhadap mana-mana orang yang menyediakan jaminan atau yang bertindak sebagai penjamin bagi tanggungan Syarikat yang Ditadbir berkenaan dengan tanggungan itu kecuali dengan persetujuan bertulis Pentadbir terlebih dahulu. (2) Pentadbir tidak akan bertanggungan bagi sesuatu tindakan atau ganti rugi lain berkenaan dengan keengganan untuk memberikan persetujuannya di bawah subseksyen (1). (3) Pelantikan Pentadbir tidak boleh— (a) dianggap sebagai meletakkan Pentadbir atau Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari atau memungkiri mana-mana kontrak, atau melakukan pecah kepercayaan; (b) dianggap sebagai meletakkan Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari atau memungkiri mana-mana kontrak atau dianggap sebagai menimbulkan hak atau kewajipan bagi mana-mana orang untuk— (i) menamatkan, membatalkan atau mengubahsuaikan sesuatu perjanjian; (ii) menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu obligasi Syarikat yang Ditadbir; (iii) menghendaki pelaksanaan sesuatu obligasi yang tidak selainnya berbangkit untuk pelaksanaan; atau (iv) e n g g a n a t a u m e n g h e n t i k a n p e l a k s a n a a n obligasinya; (c) dianggap sebagai meletakkan Pentadbir atau Syarikat yang Ditadbir dalam keadaan yang melanggari mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa harta atau penzahiran maklumat; (d) melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu obligasi; (e) menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran; (f) dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian atau keutamaan berhubung dengan harta Syarikat yang Ditadbir; atau (g) dianggap sebagai meletakkan Syarikat yang Ditadbir atau Pentadbir dalam keadaan yang melanggari mana-mana undang-undang atau apa-apa perintah mana-mana mahkamah. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang apa-apa prosiding sivil atau jenayah daripada dimulakan atau diteruskan oleh mana-mana badan kawal selia terhadap Syarikat yang Ditadbir.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 765 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next