My bookmarksSign up free
← Public Sector Home Financing Board Act 2015

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 8

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 8

s 8 Membership of the Board

(1) The Board shall consist of the following members: (a) the Secretary General of Treasury, as Chairman; (b) the Attorney General or his representative; (c) the Accountant General or his representative; (d) the Chief Executive Officer who is an ex-officio member; (e) not more than three members from amongst the officers of the federal public service who shall be appointed by the Minister; and (f) not less than two but not more than four other members who shall be appointed by the Minister. (2) The members appointed under paragraph (1)(f) shall be fit and proper persons from amongst persons who, in the opinion of the Minister, have standing and experience in banking, or financial or legal matters. (3) In determining whether a person is a fit and proper person for the purposes of subsection (2), the Minister shall have regard to— (a) the probity, competence and soundness of judgment of the person in fulfilling his responsibilities as a member of the Board; and (b) the diligence with which the person is likely to fulfil his responsibilities as a member of the Board. (4) Without prejudice to the generality of subsection (2), the Minister shall have regard to the previous business conduct and activities of the person and, in particular, to any evidence that he— (a) has been compounded of or charged with, an offence whether convicted or otherwise, which is punishable with— (i) imprisonment for six months or more, whether by itself, or in lieu of, or in addition to, a fine; or (ii) a fine of ten thousand ringgit or more; (b) has contravened any provision under any written law which, in the opinion of the Minister, is designed for protecting members of the public against financial loss due to dishonesty, incompetence or malpractice or against financial loss due to the conduct of discharged or undischarged bankrupts; or (c) has engaged in or has been associated with, any business practice, or otherwise conducted himself in such a way as to cast doubt on his competence and soundness of judgment. (5) The Minister shall appoint a Deputy Chairman of the Board from amongst the members appointed under paragraphs (1)(b), (c) or (e).

Malay text (authoritative)

Keanggotaan Lembaga

(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai Pengerusi; (b) Peguam Negara atau wakilnya; (c) Akauntan Negara atau wakilnya; (d) Ketua Pegawai Eksekutif yang menjadi anggota ex-officio; (e) tidak lebih daripada tiga orang anggota daripada kalangan pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan (f) tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri. (2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) hendaklah orang yang layak dan sesuai daripada kalangan orang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kedudukan dan pengalaman dalam perbankan, atau perkara kewangan atau hal undang-undang. (3) Dalam menentukan sama ada seseorang adalah orang yang layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira— (a) kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan (b) ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga. (4) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira penjalanan dan aktiviti perniagaan yang terdahulu orang itu dan, khususnya, apa-apa keterangan bahawa dia— (a) telah dikompaun atau dipertuduh atas, suatu kesalahan sama ada disabitkan atau sebaliknya, yang boleh dihukum dengan— (i) pemenjaraan selama enam bulan atau lebih, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatu denda; atau (ii) denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau lebih; (b) melanggar mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang, pada pendapat Menteri, dimaksudkan bagi melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kecurangan, ketidakcekapan atau amalan salah atau daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kelakuan bankrap dilepaskan atau belum lepas; atau (c) terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara yang menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan kewajaran pertimbangannya. (5) M e n t e r i h e n d a k l a h m e l a n t i k Ti m b a l a n P e n g e r u s i Lembaga daripada kalangan anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (e).

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 767 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next