(1) If a licensee—
(a) has been carrying on his pawnbroking business, in the opinion of the Registrar, in a manner detrimental to the interest of a pawner or to any member of the public;
(b) being—
(i) an individual, has been declared a bankrupt;
(ii) a company, has been wound up or dissolved by a court;
(iii) a partnership, firm or body of persons, has been dissolved;
(c) has contravened any provision of this Act or any regulation made under this Act;
(d) has been licensed as a result of a fraud or a mistake or misrepresentation in any material particular; or
(e) has failed to comply with any of the conditions stipulated by the Registrar,
the Registrar may, subject to section 11A, revoke the licence issued to the licensee or suspend the licence for such period as the Registrar thinks fit.
(2) A revocation or suspension of a licence under this section shall not affect any pawning transaction made before such revocation or suspension, other than a transaction in respect of which such revocation or suspension is made.
(3) Where a licence has been revoked or suspended, the licence shall have no effect from the date of revocation of the licence or during the period of suspension of the licence, as the case may be.
Malay text (authoritative)
Pembatalan dan penggantungan lesen
(1) Jika pemegang lesen—
(a) telah menjalankan perniagaan pemegang pajak gadainya, yang pada pendapat Pendaftar, mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pemajak gadai atau manamana orang awam;
(b) sebagai—
(i) seorang individu, yang telah diisytiharkan bankrap;
(ii) suatu syarikat, yang telah digulung atau dibubarkan oleh mahkamah;
(iii) suatu perkongsian, firma atau kumpulan orang, yang telah dibubarkan;
(c) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(d) telah dilesenkan akibat daripada fraud atau kesilapan atau salah nyataan tentang mana-mana butir material; atau
(e) telah tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar,
maka Pendaftar boleh, tertakluk kepada seksyen 11A, membatalkan lesen yang dikeluarkan kepada pemegang lesen itu atau menggantung lesen itu selama tempoh yang difikirkan patut oleh Pendaftar.
(2) Pembatalan atau penggantungan lesen di bawah seksyen ini tidak menjejaskan mana-mana transaksi pajak gadai yang dibuat sebelum pembatalan atau penggantungan sedemikian, selain transaksi yang berkenaan dengannya pembatalan atau penggantungan itu dibuat.
(3) Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, maka lesen itu tidak mempunyai kesan dari tarikh pembatalan lesen itu atau dalam tempoh penggantungan lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).