s 11F Transfer or assignment of licence prohibited
(1) Subject to subsections (2) and (3), a licensee shall not transfer or assign his licence to any other person, or cause or permit any other person to use his licence or provide the services authorized in the licence.
(2) A licensee may, with the prior consent of the Registrar, appoint any person for the purpose of exercising any of the rights conferred on him under the licence, or cause or permit any such person to exercise any such right.
(3) The Registrar may authorize the transfer of a licence where—
(a) the licensee—
(i) being a company, is liquidated and a receiver or manager is appointed in relation to the pawnbroking business of the company; or
(ii) being a society, firm or other body of persons, is dissolved and a receiver or manager is appointed in relation to the pawnbroking business of the society, firm or other body of persons; or
(b) for any other reason the Registrar is satisfied that it would be just to authorize such transfer.
(4) Except where the Registrar has given his consent or authorization under subsection (2) or (3), a licensee who purports to transfer or assign his licence to any other person, or causes or permits any other person to use his licence or to provide the services authorized in the licence, commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding twelve months or to both.
Malay text (authoritative)
Pemindahan atau pemindahhakan lesen dilarang
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), pemegang lesen tidak boleh memindahkan atau memindahhakkan lesennya kepada mana-mana orang lain, atau menyebabkan atau membenarkan manamana orang lain menggunakan lesennya atau mengadakan perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen itu.
(2) Pemegang lesen boleh, dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar, melantik mana-mana orang bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberikan kepadanya di bawah lesen itu, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang sedemikian menjalankan mana-mana hak sedemikian.
(3) Pendaftar boleh membenarkan pemindahan sesuatu lesen jika—
(a) pemegang lesen itu—
(i) sebagai syarikat, dilikuidasikan dan seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang pajak gadai syarikat itu; atau
(ii) sebagai pertubuhan, firma atau kumpulan orang yang lain, dibubarkan dan seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang pajak gadai pertubuhan, firma atau kumpulan orang yang lain itu; atau
(b) kerana apa-apa sebab lain Pendaftar berpuas hati bahawa adalah adil untuk membenarkan pemindahan sedemikian.
(4) Kecuali jika Pendaftar telah memberikan persetujuan atau kebenarannya di bawah subseksyen (2) atau (3), pemegang lesen yang berupa sebagai memindahkan atau memindahhakkan lesennya kepada mana-mana orang lain, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan lesennya atau mengadakan perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).