s 12 Pawn premises to keep open after expiration of licence for redemption of pledges
(1) Upon the expiration or sooner determination of any licence the pawnbroker shall keep open the licensed premises daily from 8.00 a.m. to 6.00 p.m. for the redemption of pledges and for all purposes of this Act, except taking of pledge in pawn, shall continue to exercise the rights and privileges and be subject to the duties and liabilities of a licensee until the whole of the pledges held by him in pawn have been redeemed or the latest period of redemption for any of such pledges has expired.
(2) (a) Such pawnbroker may, with the written consent of the Registrar, enter into a contract with any person to undertake the duties and liabilities imposed and to exercise the rights and privileges conferred upon him by subsection (1) and, with such consent and upon such conditions as the Registrar may see fit to impose for the protection of pawners, may transfer to that person the possession of all pledges held by him in pawn, and that person shall thereafter be deemed to be the pawnbroker in respect thereof.
(b) (Deleted by Act 1209).
(3) A notice of every such transfer shall be posted on the premises of the transferor and the transferee and at every court-house, police station and district and land offices in the district in which the premises is situated. Such notice shall also be published in a newspaper to be approved by the Registrar.
(4) The Registrar may authorize the person to whom such transfer has been made to deal with the pledges held in pawn in any specified place other than the licensed premises, and to remove the pledges.
(5) Nothing in this section shall relieve the transferor from any liability under this Act for any act done or omitted to be done before the date of such transfer.
Malay text (authoritative)
Premis pajak gadai hendaklah masih lagi dibuka selepas tamat lesen bagi penebusan sandaran
(1) Apabila sesuatu lesen itu tamat atau ditamatkan terlebih dahulu, pemegang pajak gadai itu hendaklah masih lagi membuka premis berlesen itu tiap-tiap hari mulai dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang bagi penebusan sandaran dan bagi segala maksud Akta ini, kecuali bagi menerima sandaran yang dipajakgadaikan hendaklah terus menjalankan hak dan keistimewaan dan tertakluk kepada kewajipan dan tanggungan seseorang pemegang pajak gadai sehingga kesemua sandaran yang dipegang olehnya sebagai pajak gadai telah ditebus atau sehingga tempoh terakhir bagi penebusan sesuatu sandaran itu telah tamat.
(2) (a) Dengan persetujuan bertulis Pendaftar, pemegang pajak gadai itu boleh membuat suatu kontrak dengan seseorang untuk memikul kewajipan dan tanggungan yang dikenakan dan menjalankan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya oleh subseksyen
(1) dan, dengan apa-apa persetujuan dan mengikut apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Pendaftar bagi memberi perlindungan kepada pemajak gadai, boleh memindahkan hakmilik kepada orang itu pemilikan segala sandaran yang dipegang olehnya sebagai pajak gadai, dan orang itu kemudiannya hendaklah disifatkan sebagai pemegang pajak gadai mengenainya.
(b) (Dipotong oleh Akta A1209)
(3) Suatu notis mengenai tiap-tiap pemindahan hakmilik hendaklah ditampalkan pada premis pemindah hakmilik dan penerima pindah hakmilik itu dan di tiap-tiap mahkamah, balai polis dan pejabat daerah dan tanah dalam daerah tempat terletaknya premis itu. Notis itu hendaklah juga disiarkan dalam sesuatu akhbar yang diluluskan oleh Pendaftar itu.
(4) Pendaftar boleh membenarkan penerima pindah hakmilik itu menguruskan sandaran yang dipegang sebagai pajak gadai itu di mana-mana tempat tertentu yang lain daripada premis yang berlesen itu, dan memindahkan sandaran tersebut ke situ.
(5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan pemindah itu daripada apa-apa tanggungan di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum tarikh pemindahan hakmilik itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).