My bookmarksSign up free
← Pawnbrokers Act 1972

Pawnbrokers Act 1972 s 34C

Pawnbrokers Act 1972 s 34C

s 34C Power to examine persons

(1) An Inspector or police officer investigating an offence under this Act may— (a) order any person to attend before him for the purpose of being examined orally in relation to any matter which may, in his opinion, assist in the investigation into the offence; (b) order any person to produce before him any book, document or any certified copy of such book or document, or any other article which may, in his opinion, assist in the investigation into the offence; or (c) by written notice require any person to furnish a statement in writing made on oath or affirmation, setting out in the notice all such information which may be required, being information which, in the opinion of the Inspector or police officer, would be of assistance in the investigation into the offence. (2) A person to whom an order under paragraph (1)(a) has been given shall— (a) attend, in accordance with the terms of the order, to be examined and shall continue to attend from day to day as directed by the Inspector or police officer until the examination is completed; and (b) during such examination, disclose all information which is within his knowledge, or which is available to him, or which is capable of being obtained by him, in respect of the matter in relation to which he is being examined, whether or not any question is put to him with regard to such matter, and where any question is put to him he shall answer the question truthfully and to the best of his knowledge and belief. (3) A person to whom an order has been given under paragraph (1)(b) shall not conceal, destroy, alter, remove from or send out of Malaysia, or deal with, expend, or dispose of, any book, document or article specified in the order, or alter or deface any entry in any such book or document, or cause such act to be done, or assist or conspire to do such act. (4) A person to whom a written notice has been given under paragraph (1)(c) shall, in his written statement made on oath or affirmation, furnish and disclose truthfully all information required under the notice which is within his knowledge, or which is available to him, or which is capable of being obtained by him. (5) A person to whom an order or a notice is given under subsection (1) shall comply with such order or notice and with subsection (2), (3) or (4) in relation to the order or notice, but nothing contained in subsection (2), (3) or (4) shall be construed as compelling the person who is being examined under this section to disclose any information, book, document or article which may incriminate him for any offence under this Act or any other written law. (6) An Inspector or police officer examining a person under paragraph (1)(a) shall record in writing any statement made by the person and the statement so recorded shall be signed by the person being examined or affixed with his thumbprint as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any corrections he may wish, and if such person refuses to sign the record, the Inspector or police officer shall endorse on the record under his hand the fact of such refusal and the reasons for such refusal, if any, stated by the person being examined. (7) The record of an examination under paragraph (1)(a), or a written statement on oath or affirmation made pursuant to paragraph (1)(c), or any book, document or article produced under paragraph (1)(b) or in the course of an examination under paragraph (1)(a) or under a written statement on oath or affirmation made pursuant to paragraph (1)(c) shall, notwithstanding any written law or rule of law to the contrary, be admissible in evidence in any proceedings in any court for an offence under this Act, regardless whether such proceedings are against the person who was examined, or who produced the book, document or article, or who made the written statement on oath or affirmation, or against any other person. (8) Any person who contravenes subsection (2), (3), (4) or (5) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa memeriksa orang

(1) Seseorang Inspektor atau pegawai polis yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh— (a) memerintahkan supaya mana-mana orang hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; (b) memerintahkan supaya mana-mana orang mengemukakan kepadanya apa-apa buku, dokumen atau apa-apa salinan yang disahkan daripada buku atau dokumen sedemikian, atau apa-apa barang lain yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau (c) dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang mengemukakan suatu pernyataan secara bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar, dengan menyatakan dalam notis itu semua maklumat yang dikehendaki, iaitu maklumat yang, pada pendapat Inspektor atau pegawai polis itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu. (2) Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah— (a) hadir, mengikut terma perintah itu, untuk diperiksa dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari sebagaimana yang diarahkan oleh Inspektor atau pegawai polis itu sehingga pemeriksaan selesai; dan (b) semasa pemeriksaan sedemikian, mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, atau yang berupaya didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya dia diperiksa, sama ada atau tidak apa-apa soalan ditanyakan kepadanya berkenaan dengan perkara itu, dan jika apa-apa soalan ditanyakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya. (3) Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar keluar dari Malaysia, atau memperlakukan, menggunahabiskan, atau melupuskan, apaapa buku, dokumen atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam manamana buku atau dokumen sedemikian, atau menyebabkan perbuatan sedemikian dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian. (4) Seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataan bertulisnya yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar kesemua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang dalam pengetahuannya, atau yang terdapat padanya, atau yang berupaya didapatkan olehnya. (5) Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau suatu notis telah diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah atau notis sedemikian dan subseksyen (2), (3) atau (4) berhubung dengan perintah atau notis itu, tetapi tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (2), (3) atau (4) boleh ditafsirkan sebagai memaksa orang yang sedang disiasat di bawah seksyen ini supaya mendedahkan apa-apa maklumat, buku, dokumen atau barang yang dapat menunjukkan bahawa dia bersalah di bawah Akta ini atau manamana undang-undang bertulis yang lain. (6) Seseorang Inspektor atau pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang itu dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah ditandatangani oleh orang yang diperiksa itu atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang itu enggan untuk menandatangani rekod itu, Inspektor atau pegawai polis itu hendaklah mencatatkan pada rekod itu dengan tandatangannya tentang hakikat keengganan sedemikian dan sebab bagi keengganan itu, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu. (7) Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau mana-mana buku, dokumen atau barang yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau semasa pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) atau di bawah pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undangundang bertulis atau rukun undang-undang yang bertentangan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tidak kira sama ada prosiding sedemikian terhadap orang yang telah diperiksa itu, atau yang mengemukakan buku, dokumen atau barang itu, atau yang membuat pernyataan bertulis secara bersumpah atau berikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain. (8) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2), (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 81 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next