s 40 General offences
(1) Any person who—
(a) for the purpose of the grant of a licence to himself or to any other person, or for preventing the imposition of any condition in relation to such licence, makes any statement or declaration which to his knowledge is false or incorrect, either in whole or in part, or is misleading in any material respect;
(b) furnishes any particulars or documents in relation to an application for the grant of a licence which to his knowledge are false or incorrect or misleading in any material respect;
(c) makes any entry in a register, record, return, account or any other document required to be kept, maintained or furnished under this Act, which is false or incorrect or misleading in any material respect;
(d) alters, tampers with, defaces or mutilates any licence or other document which is required to be exhibited on a pawnbroker’s premises, or lends or allows such licence or document to be used by any other person;
(e) forges, or has in his possession with intent to deceive a document that so closely resembles a licence, record, return, account or any other document that is required to be kept, maintained, or furnished under this Act;
(f) alters any entry made in a register, licence, record, return, account or any other document required to be kept, maintained or furnished under this Act;
(g) exhibits on a pawnbroker’s premises a licence or any other document that is required to be exhibited on those premises, where such licence or document has been altered, tampered with, defaced or mutilated;
(h) exhibits on a pawnbroker’s premises an imitation of a licence or other document that is required to be exhibited on those premises;
(i) prepares, maintains or authorizes the preparation or maintenance of false records, returns, accounts or any other documents that are required to be furnished under this Act; or
(j) falsifies or authorizes the falsification of records, returns, accounts or any other documents that are required to be furnished under this Act,
commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
(2) In any prosecution under this section, when it has been proved that any application, statement, declaration, particular, return, account, record or other document is false or incorrect in whole or in part, or is misleading in any material respect, it shall be presumed, until the contrary is proved, that such application, statement, declaration, particular, return, account, record or other document was false or incorrect, or misleading in any material respect, to the knowledge of the person making, preparing, maintaining, signing, delivering or supplying it.
(3) Notwithstanding paragraph (1)(g) or (h), a person shall not be found guilty of an offence if he proves that he had acted in good faith and had no reasonable grounds for supposing that the licence or any other document exhibited on his premises had been altered, tampered with, defaced or mutilated, or that such licence or document was an imitation.
(4) If an Inspector or police officer has reasonable cause to believe that a licence or any other document exhibited on a pawnbroker’s premises, or a licence, record, account, return or any other document produced to him in pursuance of this Act by the person in charge of those premises is a licence, record, account, return or document in relation to which an offence under this section has been committed, he may seize the licence, record, account, return or document.
Malay text (authoritative)
Kesalahan am
Mana-mana orang yang—
(a) bagi maksud pemberian sesuatu lesen kepada dirinya sendiri atau kepada mana-mana orang lain, atau bagi menghalang pengenaan apa-apa syarat berhubung dengan lesen itu, membuat apa-apa pernyataan atau pengakuan yang dia tahu adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa perkara material;
(b) mengemukakan apa-apa butir atau dokumen berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pemberian sesuatu lesen yang dia tahu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam apa-apa perkara material;
(c) membuat apa-apa catatan dalam daftar, rekod, penyata, akaun atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki supaya disimpan, disenggarakan atau dikemukakan di bawah Akta ini, yang adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam apa-apa perkara material;
(d) mengubah, mengganggu, mencacatkan atau merosakkan apa-apa lesen atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dipamerkan di premis pemegang pajak gadai, atau meminjamkan atau membenarkan lesen atau dokumen itu digunakan oleh mana-mana orang lain;
(e) memalsukan, atau ada dalam simpanannya dengan niat untuk memperdaya sesuatu dokumen yang sebegitu menyerupai lesen, rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya disimpan, disenggarakan atau dikemukakan di bawah Akta ini;
(f) mengubah mana-mana catatan yang dibuat dalam sesuatu daftar, lesen, rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya disimpan, disenggarakan atau dikemukakan di bawah Akta ini;
(g) mempamerkan di premis pemegang pajak gadai suatu lesen atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya dipamerkan di premis itu, jika lesen atau dokumen sedemikian telah diubah, diganggu, dicacatkan atau dirosakkan;
(h) mempamerkan di premis pemegang pajak gadai versi tiruan sesuatu lesen atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dipamerkan di premis itu;
(i) menyediakan, menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan versi palsu bagi rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini; atau
(j) memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, pernyataan, akuan, butir, penyata, akaun, rekod atau dokumen lain adalah palsu atau tidak betul secara keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam mana-mana perkara material, hendaklah
dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, pernyataan, akuan, butir, penyata, akaun, rekod atau dokumen lain itu adalah palsu atau tidak betul, atau mengelirukan dalam manamana perkara material, dengan pengetahuan orang yang membuat, menyediakan, menyenggarakan, menandatangani, menyerahkan atau membekalkannya.
(3) Walau apa pun perenggan (1)(g) atau (h), seseorang tidak boleh didapati bersalah bagi sesuatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah bagi menjangkakan bahawa lesen atau mana-mana dokumen lain yang dipamerkan di premisnya telah diubah, diganggu, dicacatkan atau dirosakkan, atau bahawa lesen atau dokumen itu merupakan lesen atau dokumen tiruan.
(4) Jika seseorang Inspektor atau pegawai polis mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu lesen atau mana-mana dokumen lain yang dipamerkan di premis pemegang pajak gadai, atau sesuatu lesen, rekod, akaun, penyata atau manamana dokumen lain yang dikemukakan kepadanya menurut Akta ini oleh orang yang menjaga premis itu merupakan lesen, rekod, akaun, penyata atau dokumen yang berhubung dengannya suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan, dia boleh menyita lesen, rekod, akaun, penyata atau dokumen itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).