My bookmarksSign up free
← Syarie Legal Profession (Federal Territories) Act 2019

Syarie Legal Profession (Federal Territories) Act 2019 s 2

Syarie Legal Profession (Federal Territories) Act 2019 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “client” includes— (a) in relation to a contentious business— (i) any person who as a principal or on behalf of another person retains or employs a Peguam Syarie; and (ii) any person who is or may be liable to pay a Peguam Syarie’s costs; or (b) in relation to a non-contentious business— (i) any person who, as a principal or on behalf of another, or as a trustee, executor or administrator, or in any other capacity, has express or implied power, to retain or employ a Peguam Syarie; and (ii) any person for the time being liable or may be liable to pay a Peguam Syarie’s costs for his services; “Badan Peguam Syarie” means the Badan Peguam Syarie of the Federal Territories established under section 42; “Register” means the Register of Peguam Syarie kept and maintained under section 24; “Register of Practitioners” means the Register of Annual Practising Certificate kept and maintained under section 31; “Chief Syariah Judge” means the Chief Syariah Judge of the Federal Territories; “Chief Registrar” means the Chief Registrar of the Syariah Appeal Court of the Federal Territories; “Chief Syariah Prosecutor” means the Chief Syariah Prosecutor of the Federal Territories; “cost” includes fees, charges, disbursements, expenses and remuneration; “Board” means the Syarie Legal Profession Qualifying Board established under section 3; “syariah court” means the Syariah Lower Court, Syariah High Court or Syariah Appeal Court, as the case may be, established under section 40 of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505]; “Syariah High Court” means the Syariah High Court of the Federal Territories; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for the administration of the religion of Islam in the Federal Territories; “unauthorized person” means a person whose name is not listed in the Register and did not possess a valid Annual Practising Certificate; “syariah officer” means a syariah officer in the general public service of the Federation or in the general public service of any State; “legal officer” means a legal officer in the judicial and legal services; “advocate and solicitor” means an advocate and solicitor registered under the Legal Profession Act 1976 [Act 166]; “Peguam Syarie” means a Peguam Syarie who has been admitted as Peguam Syarie in the Syariah High Court and who has been registered under section 24; “State Peguam Syarie” means any qualified person who has been admitted as a Peguam Syarie in any State in Malaysia; “pupil” means a qualified person who is undergoing a period of pupillage under section 13; “pupillage” means pupillage in chambers; “master” means a Peguam Syarie with whom a pupil is undergoing his period of pupillage under section 13; “Supporting Acknowledgement” means an acknowledgement issued under section 28; “Secretary to the Board” means the Secretary to the Syarie Legal Profession Qualifying Board mentioned in subsection 7(1).

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anak guam” termasuklah— (a) berhubung dengan urusan pertikaian— (i) mana-mana orang yang sebagai prinsipal atau bagi pihak orang lain melantik atau mengguna khidmat Peguam Syarie; dan (ii) mana-mana orang yang bertanggungan atau mungkin bertanggungan untuk membayar kos Peguam Syarie; atau (b) berhubung dengan urusan bukan pertikaian— (i) mana-mana orang yang, sebagai prinsipal atau bagi pihak orang lain, atau sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir, atau atas apa-apa kapasiti lain, mempunyai kuasa yang nyata atau tersirat, untuk melantik atau mengguna khidmat Peguam Syarie; dan (ii) mana-mana orang yang pada masa itu bertanggungan atau mungkin bertanggungan untuk membayar kos Peguam Syarie bagi perkhidmatannya; “Badan Peguam Syarie” ertinya Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 42; “Daftar” ertinya Daftar Peguam Syarie yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 24; “Daftar Pengamal” ertinya Daftar Perakuan Amalan Tahunan yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 31; “Ketua Hakim Syariah” ertinya Ketua Hakim Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan; “Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan; “Ketua Pendakwa Syarie” ertinya Ketua Pendakwa Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan; “kos” termasuklah fi, caj, pembayaran, perbelanjaan dan saraan; “Lembaga” ertinya Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “mahkamah syariah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]; “Mahkamah Tinggi Syariah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan; “orang yang tidak diberi kuasa” ertinya seseorang yang namanya tidak tersenarai dalam Daftar dan tidak mempunyai Perakuan Amalan Tahunan yang sah; “pegawai syariah” ertinya pegawai syariah dalam perkhidmatan awam am Persekutuan atau dalam perkhidmatan awam am mana-mana Negeri; “pegawai undang-undang” ertinya pegawai undang-undang dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan; “peguam bela dan peguam cara” ertinya peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166]; “Peguam Syarie” ertinya Peguam Syarie yang telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah dan yang telah didaftarkan di bawah seksyen 24; “Peguam Syarie Negeri” ertinya mana-mana orang berkelayakan yang telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di mana-mana Negeri di Malaysia; “pelatih dalam kamar” ertinya orang berkelayakan yang menjalani suatu tempoh pelatihan di bawah seksyen 13; “pelatihan” ertinya pelatihan dalam kamar; “pengajar” ertinya Peguam Syarie yang dengannya pelatih dalam kamar menjalani tempoh pelatihannya di bawah seksyen 13; “Pengesahan Sokongan” ertinya pengesahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 28; “Setiausaha Lembaga” ertinya Setiausaha Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie yang disebut dalam subseksyen 7(1).

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 814 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next