My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 147

Trademarks Act 2019 s 147

s 147 Minister may declare documents of foreign state pertaining to trademarks to be admissible as evidence

(1) The Minister may, by order published in the Gazette, declare any documents or class of documents of a foreign state to be admissible as evidence in any proceedings before a Court if— (a) the document is sealed with the seal of the authorized officer or the government of the foreign state and the seal pertains to the trademarks registered in or otherwise recognized by the foreign country or if there is no such seal, there is enclosed a certificate signed by the authorized officer to the effect that the document shall be evidence of the matter contained therein; and (b) the foreign state or part thereof has entered into reciprocal arrangements with the Government of Malaysia in respect of the admissibility of the documents. (2) For the purposes of this section— (a) “authorized officer” means a person or authority authorized by the government of the foreign state to keep and maintain a register or other record of trademarks under any written law in force in the foreign state relating to trademarks; (b) “document” means— (i) a printed or written copy of extract or other record of trademarks kept and maintained in the foreign state under any written law in force in the foreign state relating to trademarks; or (ii) any other document pertaining to any matter or act in relation to trademarks registered in or otherwise recognized by the foreign state as trademarks; and (c) “trademark” means any sign which includes the following or any combination of the following, namely, any letter, word, name, signature, numeral, device, brand, heading, label, ticket, shape of goods or their packaging, colour (whether single colour or a combination of colours), sound, scent, hologram, positioning, sequence of motion which is used or intend to be used in relation to goods or services for the purpose of indicating or so as to indicate a connection in the course of trade between the goods or services and a person having the right either as proprietor or licencee to use the trademark (in the foreign state) whether with or without any indication of the identity of that person and which is registered or otherwise recognized by the foreign state as a trademark (under any written law in force in the foreign state relating to trademarks) but does not include the trademarks of another foreign state registered in or otherwise recognized by the foreign state by virtue of a reciprocal arrangement between the foreign state and that other foreign state. (3) For the avoidance of doubt, this section shall not be construed to confer recognition of the trademarks of any foreign state for the purpose of registration under this Act but shall be construed only with references to the admissibility of evidence in any proceedings before a Court of the documents of the foreign state.

Malay text (authoritative)

Menteri boleh mengisytiharkan dokumen negara asing mengenai cap dagangan sebagai boleh diterima sebagai keterangan

(1) Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan apa-apa dokumen atau kelas dokumen suatu negara asing menjadi boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah jika— (a) dokumen itu dimeterai dengan meterai pegawai yang diberi kuasa atau kerajaan negara asing itu dan meterai itu mengenai cap dagangan yang didaftarkan di dalam atau diiktiraf selainnya oleh negara asing itu atau jika tiada apa-apa meterai, perlu disertakan perakuan yang ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa itu yang bermaksud dokumen hendaklah menjadi keterangan mengenai perkara yang terkandung di dalamnya; dan (b) negara asing itu atau sebahagian daripadanya telah membuat perkiraan salingan dengan Kerajaan Malaysia mengenai kebolehterimaan dokumen itu. (2) Bagi maksud seksyen ini— (a) “pegawai yang diberi kuasa” ertinya seseorang atau pihak berkuasa yang diberi kuasa oleh kerajaan negara asing untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar atau rekod cap dagangan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negara asing itu berkenaan dengan cap dagangan; (b) “dokumen” ertinya— (i) suatu salinan cabutan bercetak atau bertulis atau rekod cap dagangan lain yang disimpan dan disenggara di dalam negara asing di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di dalam negara asing itu yang berhubungan dengan cap dagangan; atau (ii) apa-apa dokumen lain mengenai apa-apa perkara atau perbuatan berhubung dengan cap dagangan yang didaftarkan dalam negara asing itu atau selainnya yang diiktiraf oleh negara asing itu sebagai cap dagangan; dan (c) “cap dagangan” ertinya apa-apa tanda termasuklah yang berikut atau apa-apa gabungan yang berikut, iaitu, apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna (sama ada warna tunggal atau suatu gabungan warna), bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud menunjukkan atau untuk menunjukkan suatu kaitan dalam penjalanan perdagangan antara barang-barang atau perkhidmatan dan seseorang yang mempunyai hak sama ada sebagai tuan punya atau pemegang lesen untuk menggunakan cap dagangan (di negara asing itu) sama ada dengan atau tanpa apa-apa petunjuk identiti orang itu dan yang didaftarkan atau selainnya yang diiktiraf oleh negara asing sebagai cap dagangan (di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di dalam negara asing itu yang berhubungan dengan cap dagangan) tetapi tidak termasuk cap dagangan suatu negara asing yang lain yang didaftarkan di dalam atau selainnya yang diiktiraf oleh negara asing menurut perkiraan salingan antara negara asing dengan negara asing lain. (3) Bagi mengelakkan keraguan, seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai memberi pengiktirafan cap dagangan mana-mana negara asing bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini tetapi hendaklah ditafsirkan hanya dengan sebutan kebolehterimaan dokumen negara asing sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah.

Read this section in the full act → · Open Part XVII →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next