My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 162

Trademarks Act 2019 s 162

s 162 Power to make regulations

(1) Subject to the provisions of this Act, the Minister may make regulations for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act. (2) In particular and without prejudice to the generality of subsection (1), such regulations may provide for all or any of the following purposes: (a) to regulate the practice, other than that relating to proceedings before the court or connected therewith, under this Act including service of documents; (b) to classify goods or services for the purpose of registration of trademarks; (c) to provide for all matters relating to registration of trademark including renewal of registered trademark; (d) to provide for all matters relating to alteration or voluntary cancellation of registered trademark, revocation or invalidity of registration, or correction of Register; (e) to secure and regulate the publishing and selling or distributing in such manner as the Minister may think fit of copies of extracts of trademarks and other documents from the record or Register; (f) to prescribe fees to be paid for any matter or thing under this Act; (g) to regulate all matters relating to registered trademarks agents; (h) to regulate matters relating to the registration listing goods or services comprising more than one class in one application; (i) to regulate all matters relating to division of application for registration or registered trademarks; (j) to regulate all matters relating to merger of application for registration or registered trademarks; (k) to regulate all matters relating to certification mark and collective mark; (l) to regulate all matters relating to a series trademark; (m) to regulate generally on matters pertaining to the business operation relating to trademarks carried on in any Trademarks Office whether or not specifically prescribed under this Act but so as not to be inconsistent with any of the provisions of this Act; (n) to regulate the matters in determining whether a trademark is well-known and has fulfilled the requirement stipulated under Article 6bis of the Paris Convention and Article 16 of the TRIPS Agreement; (o) to regulate the use of trademarks including how the trademark is applied to or applied in relation to goods or services; (p) to regulate matters relating to use of trademarks on the internet; (q) to provide for the manner and effect of a cancellation and for protecting the interests of other persons having a right in the registered trademark; (r) to regulate all matters relating to border measures; (s) to prescribe the entry, particulars or matters to be entered into the record or Register; and (t) to prescribe for all matters relating to appeals filed in Court following the decision of the Registrar relating to the time for starting the action or the manner for an application to be made for an extension of that time, subject to the provisions of the rules of court. (3) Subject to the provisions of this Act, the Rules Committee constituted under the Courts of Judicature Act 1964, may make rules of court regulating the practice and procedure in relation to proceedings before the Court or connected therewith and the costs of the proceedings.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Pada khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) untuk mengawal selia amalan, selain yang berhubungan dengan prosiding di hadapan mahkamah atau yang berkaitan dengannya, di bawah Akta ini termasuk penyampaian dokumen; (b) untuk mengelaskan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud pendaftaran cap dagangan; (c) untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran cap dagangan termasuk pembaharuan cap dagangan berdaftar; (d) untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengubahan atau pemotongan sukarela bagi cap dagangan berdaftar, pembatalan atau ketidaksahan pendaftaran, atau pembetulan Daftar; (e) untuk menjamin dan mengawal selia penerbitan dan penjualan atau pengedaran mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Menteri bagi salinan cabutan cap dagangan dan dokumen lain daripada rekod atau Daftar; (f) untuk menetapkan fi yang hendaklah dibayar bagi apa-apa perkara atau benda di bawah Akta ini; (g) untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen cap dagangan berdaftar; (h) untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan penyenaraian pendaftaran barang-barang atau perkhidmatan yang terdiri daripada lebih daripada satu kelas dalam satu permohonan; (i) untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pembahagian permohonan bagi pendaftaran atau cap dagangan berdaftar; (j) untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan penggabungan permohonan bagi pendaftaran atau cap dagangan berdaftar; (k) untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan cap perakuan dan cap kolektif; (l) untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan suatu siri cap dagangan; (m) untuk mengawal selia secara umum mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan operasi perniagaan yang berhubungan dengan cap dagangan yang dijalankan di mana-mana Pejabat Cap Dagangan sama ada atau tidak secara khusus ditetapkan di bawah Akta ini tetapi setakat yang tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta ini; (n) untuk mengawal selia perkara-perkara dalam menentukan sama ada suatu cap dagangan terkenal dan telah memenuhi kehendak yang ditetapkan di bawah Perkara 6bis Konvensyen Paris dan Perkara 16 Perjanjian TRIPS; (o) untuk mengawal selia penggunaan cap dagangan termasuk bagaimana cap dagangan itu dipakaikan pada atau dipakaikan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan; (p) untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan penggunaan cap dagangan dalam internet; (q) untuk mengadakan peruntukan bagi cara dan kesan suatu pemotongan dan untuk melindungi kepentingan orang lain yang mempunyai hak dalam cap dagangan berdaftar; (r) untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan langkah-langkah sempadan; (s) untuk menetapkan catatan, butir-butir atau perkara yang akan dicatatkan ke dalam rekod atau Daftar; dan (t) untuk menetapkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan rayuan yang difailkan di Mahkamah berikutan keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan masa untuk memulakan tindakan atau cara permohonan dibuat bagi pelanjutan masa itu, tertakluk kepada peruntukan kaedah-kaedah mahkamah. (3) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964, boleh membuat kaedah-kaedah bagi mahkamah untuk mengawal selia amalan dan tatacara berhubung dengan prosiding di hadapan Mahkamah atau yang berkaitan dengannya dan juga kos bagi prosiding itu.

Read this section in the full act → · Open Part XVIII →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next