My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 23

Trademarks Act 2019 s 23

s 23 Absolute grounds for refusal of registration

(1) Subject to subsection (2), the Registrar shall refuse to register a trademark based on the following absolute grounds for refusal of registration: (a) signs which are not capable of being represented graphically and not capable of distinguishing goods or services of one undertaking from those of other undertakings; (b) trademarks which are devoid of any distinctive character; (c) trademarks which consist exclusively of signs or indications which may serve, in trade, to designate the kind, quality, quantity, intended purpose, value, geographical origin, other characteristics of goods or services or the time of production of goods or of rendering of services; or (d) trademarks which consist exclusively of signs or indications which have become customary in the current language of the territory or in the bona fide and established practices of the trade. (2) Notwithstanding paragraphs (1)(b), (c) and (d), the Registrar shall not refuse to register an application of a trademark if, before the date of application for registration, the trademark has in fact acquired a distinctive character as a result of its use. (3) The Registrar shall refuse to register a sign as a trademark if the sign consists exclusively of— (a) the shape which results from the nature of the goods themselves; (b) the shape of goods which is necessary to obtain a technical result; or (c) the shape which gives substantial value to the goods. (4) Notwithstanding subsections (1) and (2), the Registrar shall refuse to register the following as a trademark if: (a) the trademark consists exclusively of the name of a country; or (b) the trademark contains or consists of recognized geographical indications. (5) In addition to the grounds in subsections (1), (3) and (4), the Registrar shall refuse to register a trademark based on any of the following absolute grounds for refusal of registration: (a) if the use of the trademark is likely to deceive or cause confusion to the public or contrary to any written law; (b) if it is of such a nature as to deceive or mislead the public as to the nature, quality or geographical origin of the goods or services; (c) the trademarks are contrary to public interest or to morality; (d) the trademarks contain or consist of any scandalous or offensive matter or would otherwise not be entitled to protection by any court of law; (e) the trademarks contain a matter which is in the opinion of the Registrar is or might be prejudicial to the interest or security of the country; (f) the trademarks contain or consist of the name or representation of another person whether living or dead unless the applicant furnishes the Registrar with the consent of that person, if living, or of the representative of that person if deceased; (g) the trademarks contain or consist of flag of a country, national emblem, emblem, insignia or royal arms unless the applicant furnishes the Registrar with the authorization of the competent authorities or international intergovernmental organization as specified in section 78 or 79, as the case may be; (h) the trademarks contain or consist of a word which is commonly used as or is the accepted name of any single chemical element or single chemical compound, as distinguished from a mixture, or which is declared by the World Health Organization as an international non-proprietary name or which is deceptively similar to such name unless it is used— (i) to denote only a brand or to make the element or compound as made by the proprietor of the trademark or the licensee as distinguished from the element or compound as made by others; and (ii) in association with a suitable name or description open to public use; or (i) the trademarks contain or consist of any of the following signs or a sign similar to any of those signs as is likely to be taken for that sign: (i) the word “Patent”, “Patented”, “By Royal Letters Patent”, “Registered”, “Registered Design”, and “Copyright” or words to the like effect in any language whatsoever; or (ii) any sign as prescribed.

Malay text (authoritative)

Alasan mutlak bagi penolakan pendaftaran

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan berdasarkan alasan mutlak bagi penolakan pendaftaran seperti yang berikut: (a) tanda yang tidak boleh digambarkan secara grafik dan tidak boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain; (b) cap dagangan yang tidak mempunyai ciri distingtif; (c) cap dagangan yang semata-mata terdiri daripada tanda atau petunjuk yang boleh digunakan, dalam perdagangan, untuk menunjukkan jenis, kualiti, kuantiti, kegunaan spesifik, nilai, tempat asal geografi, ciri-ciri lain barang-barang atau perkhidmatan atau masa pengeluaran barang-barang atau penyampaian perkhidmatan; atau (d) cap dagangan yang semata-mata terdiri daripada tanda atau petunjuk yang telah menjadi kelaziman dalam bahasa semasa wilayah itu atau dalam amalan perdagangan yang bona fide dan telah menjadi kebiasaan. (2) Walau apa pun perenggan (1)(b), (c) dan (d), Pendaftar tidak boleh menolak untuk mendaftarkan suatu permohonan cap dagangan jika, sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran itu, cap dagangan itu sebenarnya telah memperoleh ciri distingtif hasil daripada penggunaannya. (3) Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu tanda sebagai cap dagangan jika tanda itu semata-mata terdiri daripada— (a) bentuk yang terhasil daripada sifat barang-barang itu sendiri; (b) bentuk barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan suatu yang teknikal; atau (c) bentuk yang memberikan nilai yang substansial pada barang-barang. (4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan yang berikut sebagai suatu cap dagangan jika: (a) cap dagangan itu semata-mata terdiri daripada nama suatu negara; atau (b) cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang diiktiraf. (5) Sebagai tambahan kepada alasan dalam subseksyen (1), (3) dan (4), Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan berdasarkan mana-mana alasan mutlak untuk penolakan pendaftaran yang berikut: (a) jika penggunaan cap dagangan itu berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang awam atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis; (b) jika cap dagangan itu adalah sedemikian rupa sehingga memperdayakan atau mengelirukan orang awam tentang sifat, kualiti atau tempat asal geografi barang-barang atau perkhidmatan itu; (c) cap dagangan yang bertentangan dengan kepentingan awam atau moral; (d) cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada apa-apa perkara yang tidak sepatutnya atau yang menyinggung atau selainnya tidak berhak mendapat perlindungan oleh mana-mana mahkamah undang-undang; (e) cap dagangan itu mengandungi perkara yang pada pendapat Pendaftar adalah atau berkemungkinan memudaratkan kepentingan atau keselamatan negara; (f) cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada nama atau gambaran lain tentang seseorang sama ada orang itu masih hidup atau telah mati melainkan jika pemohon itu memberi Pendaftar persetujuan orang itu, jika orang itu masih hidup, atau persetujuan wakil orang itu jika orang itu telah mati; (g) cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada bendera suatu negara, lambang kebangsaan, lambang, lambang kebesaran atau jata diraja melainkan jika pemohon memberi Pendaftar pemberikuasaan daripada pihak berkuasa yang berwibawa atau organisasi antara kerajaan antarabangsa seperti yang dinyatakan dalam seksyen 78 atau 79, mengikut mana-mana yang berkenaan; (h) cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada suatu perkataan yang biasa digunakan sebagai atau ialah nama mana-mana unsur kimia tunggal atau sebatian kimia tunggal yang diterima, yang dibezakan dengan campuran, atau yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai nama ketakpunyaan antarabangsa atau yang kelihatan hampir serupa dengan nama itu melainkan jika ia digunakan— (i) untuk menandakan hanya suatu jenama atau untuk membuat unsur atau sebatian sebagaimana yang dibuat oleh tuan punya cap dagangan atau pemegang lesen untuk membezakan elemen atau sebatian itu daripada yang dibuat oleh orang lain; dan (ii) berkaitan dengan nama atau perihalan yang sesuai terbuka untuk kegunaan umum; atau (i) cap dagangan itu mengandungi atau terdiri daripada mana-mana tanda yang berikut atau tanda yang hampir serupa dengan mana-mana tanda itu hingga berkemungkinan disalah anggap sebagai tanda itu: (i) perkataan “Paten”, “Dipaten”, “Dengan Paten Surat Diraja”, “Didaftarkan”, “Reka Bentuk Berdaftar”, dan “Hak Cipta” atau perkataan-perkataan yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa jua bahasa; atau (ii) apa-apa tanda sebagaimana yang ditetapkan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next