My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 35

Trademarks Act 2019 s 35

s 35 Opposition proceedings

(1) Any person may file a notice of opposition in the form as determined by the Registrar together with the payment of the prescribed fee and send the notice of opposition to the applicant within the prescribed period from the date of the publication of the acceptance of an application for the registration of the opposed trademark. (2) The notice of opposition shall include a statement of the grounds of the opposition containing any grounds specified under section 34. (3) An opposition may proceed in the name of a person other than the person who filed the notice if— (a) after the person has filed a notice of opposition, the right or interest on which the person relied to file the notice of opposition becomes vested to the other person; and (b) the other person in paragraph (a)— (i) notifies the Registrar in the prescribed manner that the right or interest is vested in him; and (ii) does not withdraw the opposition. (4) The applicant shall file a counterstatement in the form as determined by the Registrar together with the payment of the prescribed fee, within the prescribed period after the receipt of the notice of opposition and if the applicant does not do so, the application shall be deemed withdrawn. (5) The counterstatement in subsection (4) shall include the grounds upon which the applicant relies on for the application. (6) The opponent and applicant shall file evidence and exhibits in the prescribed manner within the prescribed period in support of the opposition or the counterstatement, as the case may be, and if the opponent or applicant does not do so, the opposition or application, as the case may be, shall be deemed withdrawn. (7) If the applicant files evidence and exhibits under subsection (6), the opponent may file evidence in reply in the prescribed manner. (8) In considering the evidence and exhibits and after giving the applicant and the opponent an opportunity of making written submissions, the Registrar shall decide whether— (a) to refuse to register the trademark; (b) to register the trademark absolutely; or (c) to register the trademark subject to such conditions, amendments, modifications, disclaimers or limitations as he thinks fit. (9) The Registrar, upon request by the opponent or applicant in the form as determined by the Registrar together with the payment of the prescribed fee, may defer any action in relation to the opposition proceedings under prescribed circumstances and for a prescribed period. (10) Where an appeal lies to the Court against the decision of the Registrar refusing to register a trademark or refusing to register a trademark absolutely, or registering the trademark subject to conditions, amendments, modifications, disclaimers or limitations under this section— (a) the appeal shall be made in the prescribed manner; (b) the Court shall, where necessary, hear the parties and the Registrar; and (c) any party may, either in the manner prescribed or by special leave of the Court, bring forward further material for the consideration of the Court but no further grounds of opposition to the registration of trademark shall be allowed to be taken by the opponent other than those stated by the opponent except by leave of the Court. (11) Where any further grounds of opposition are taken, the applicant shall be entitled to withdraw his application without payment of the costs of the opponent on giving notice as prescribed. (12) In any appeal under this section, the Court may, after hearing the Registrar, permit the trademark intended to be registered to be modified in any manner not substantially affecting the identity of the trademark, but in any such case the trademark as modified shall be published in the Intellectual Property Official Journal before being registered. (13) If a person giving notice of opposition, an applicant sending a counterstatement, or an appellant, neither resides nor carries on business in Malaysia, the Registrar or the Court may require him to give security for costs of the proceedings relating to the opposition, application or appeal, as the case may be, and in default of such security being duly given, the Registrar or the Court may deem the opposition, application, or appeal, as the case may be, as withdrawn.

Malay text (authoritative)

Prosiding bangkangan

(1) Mana-mana orang boleh memfailkan suatu notis bangkangan mengikut bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan menghantar notis bangkangan itu kepada pemohon dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh penyiaran penyetujuterimaan suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan yang dibangkang. (2) Notis bangkangan hendaklah termasuk suatu pernyataan mengenai alasan bangkangan yang mengandungi apa-apa alasan yang dinyatakan di bawah seksyen 34. (3) Bangkangan itu boleh diteruskan atas nama seseorang selain orang yang memfailkan notis itu jika— (a) selepas orang itu memfailkan notis bangkangan itu, hak atau kepentingan yang padanya orang itu bergantung untuk memfailkan notis bangkangan menjadi terletak hak pada orang yang lain itu; dan (b) orang yang lain dalam perenggan (a)— (i) memberitahu Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bahawa hak atau kepentingan itu terletak hak padanya; dan (ii) tidak menarik balik bangkangan itu. (4) Pemohon hendaklah memfailkan suatu pernyataan balas mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, dalam tempoh yang ditetapkan selepas penerimaan notis bangkangan dan jika pemohon tidak berbuat demikian, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik. (5) Pernyataan balas dalam subseksyen (4) hendaklah termasuk alasan yang padanya pemohon bergantung dalam permohonan itu. (6) Pembangkang dan pemohon hendaklah memfailkan keterangan dan ekshibit mengikut cara yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan untuk menyokong bangkangan atau pernyataan balas, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika pembangkang atau pemohon tidak berbuat demikian, bangkangan atau permohonan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan ditarik balik. (7) Jika pemohon memfailkan keterangan dan ekshibit di bawah subseksyen (6), pembangkang itu boleh memfailkan keterangan jawapan mengikut cara yang ditetapkan. (8) Dalam menimbangkan keterangan dan ekshibit dan selepas memberikan pemohon dan pembangkang peluang untuk membuat hujahan bertulis, Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada— (a) untuk menolak untuk mendaftarkan cap dagangan itu; (b) untuk mendaftarkan cap dagangan itu secara mutlak; atau (c) untuk mendaftarkan cap dagangan itu tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian, penafian atau pengehadan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya. (9) Pendaftar, atas permintaan pembangkang atau pemohon mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, boleh menangguhkan apa-apa tindakan berhubung dengan prosiding bangkangan dalam hal keadaan yang ditetapkan dan bagi suatu tempoh yang ditetapkan. (10) Jika suatu rayuan terletak pada Mahkamah terhadap keputusan Pendaftar yang menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan atau menolak untuk mendaftar suatu cap dagangan secara mutlak, atau mendaftarkan cap dagangan itu tertakluk kepada syarat, pindaan, ubah suaian, penafian atau pengehadan di bawah seksyen ini— (a) rayuan itu hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan; (b) Mahkamah hendaklah, jika perlu, mendengar pihak-pihak dan Pendaftar; dan (c) mana-mana pihak boleh, sama ada mengikut cara yang ditetapkan atau dengan kebenaran khas Mahkamah, mengemukakan bahan lanjut bagi pertimbangan Mahkamah tetapi tiada alasan lanjut bagi bangkangan terhadap pendaftaran cap dagangan boleh dibenarkan untuk dikemukakan oleh pembangkang selain alasan yang telah dinyatakan oleh pembangkang kecuali dengan kebenaran Mahkamah. (11) Jika apa-apa alasan bangkangan lanjut dikemukakan, pemohon berhak menarik balik permohonannya tanpa membayar kos pembangkang dengan memberikan notis sebagaimana yang ditetapkan. (12) Dalam mana-mana rayuan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh, selepas mendengar Pendaftar, membenarkan cap dagangan yang diniat untuk didaftarkan itu untuk diubah suai dengan apa-apa cara yang tidak secara substansial menyentuh identiti cap dagangan itu, tetapi dalam apa-apa hal yang demikian cap dagangan sebagaimana yang diubah suai itu hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek sebelum didaftarkan. (13) Jika seseorang yang memberikan notis bangkangan, pemohon yang menghantar suatu pernyataan balas, atau perayu, tidak tinggal dan juga tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, Pendaftar atau Mahkamah boleh menghendakinya memberikan jaminan kos prosiding yang berkaitan dengan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika sekiranya sekuriti itu tidak diberikan dengan sewajarnya, Pendaftar atau Mahkamah boleh menyifatkan bangkangan, permohonan atau rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai ditarik balik.

Read this section in the full act → · Open Chapter 7 →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next