My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 60

Trademarks Act 2019 s 60

s 60 Order for disposal of infringing goods, material or articles

(1) Where infringing goods, material or articles have been delivered up pursuant to an order under section 59, an application may be made to the Court— (a) for an order that they be destroyed or forfeited to such person as the Court may think fit; or (b) for a decision that no order under paragraph (a) shall be made. (2) In considering what order, if any, should be made, the Court shall have regard to— (a) whether other remedies available in an action for infringement of the registered trademark would be adequate to compensate the plaintiff and protect his interest; and (b) the need to ensure that no infringing goods, material or articles are disposed of in a manner that would adversely affect the plaintiff. (3) Notwithstanding subsection (2), where the infringing goods are counterfeit goods, the Court shall order that the goods be destroyed if— (a) the plaintiff applies to the Court for such an order; and (b) the Court is of the view that there are no exceptional circumstances which would justify the refusal of such an order. (4) The Court shall issue directions as to the service of notice on persons having an interest in the infringing goods, material or articles. (5) Any person having an interest in the infringing goods, material or articles shall be entitled— (a) to appear in proceedings of an application for an order under this section, whether or not that person is served with notice; and (b) to appeal against any order made, whether or not that person appears in the proceedings. (6) An order made under this section shall not take effect until the end of the period within which a notice of appeal may be given or, if before the end of that period notice of appeal is duly given, until the final determination or discontinuance of the proceedings on the appeal. (7) Subject to subsection (3), where there is more than one person interested in the infringing goods, material or articles, the Court may direct that the infringing goods, material or articles be sold, or otherwise dealt with, and the proceeds divided, and shall make any other order as it thinks fit. (8) If the Court decides that no order should be made under this section, the person in whose possession, custody or control of the infringing goods, material or articles were before being delivered up, is entitled to their return.

Malay text (authoritative)

Perintah bagi pelupusan barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar

(1) J i k a b a r a n g - b a r a n g , b a h a n a t a u a r t i k e l y a n g melanggar telah diserahkan menurut suatu perintah di bawah seksyen 59, suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah— (a) bagi suatu perintah bahawa barang-barang, bahan atau artikel itu dimusnahkan atau dilucuthakkan kepada orang yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau (b) bagi suatu keputusan bahawa tiada apa-apa perintah di bawah perenggan (a) hendaklah dibuat. (2) Dalam menimbangkan perintah, jika ada, yang hendak dibuat, Mahkamah hendaklah mengambil kira— (a) sama ada remedi lain yang ada dalam suatu tindakan pelanggaran cap dagangan berdaftar adalah mencukupi sebagai pampasan kepada plaintif dan melindungi kepentingannya; dan (b) keperluan untuk memastikan bahawa tiada barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar dilupuskan dengan cara yang akan menjejaskan plaintif. (3) Walau apa pun subseksyen (2), jika barang-barang yang melanggar adalah barang-barang lancung, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya barang-barang itu dimusnahkan jika— (a) plaintif memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah itu; dan (b) Mahkamah berpendapat bahawa tidak ada hal keadaan luar biasa yang membenarkan penolakan perintah itu. (4) Mahkamah hendaklah mengeluarkan arahan mengenai penyampaian notis kepada orang yang mempunyai kepentingan dalam barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar. (5) Mana-mana orang yang mempunyai kepentingan dalam barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar adalah berhak— (a) untuk hadir dalam prosiding bagi suatu permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini, sama ada atau tidak notis disampaikan kepada orang itu; dan (b) untuk merayu terhadap apa-apa perintah yang dibuat, sama ada atau tidak orang itu hadir dalam prosiding itu. (6) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak akan berkuat kuasa sehingga akhir tempoh yang suatu notis rayuan boleh diberikan atau, jika sebelum akhir tempoh itu notis rayuan diberikan dengan sewajarnya, sehingga keputusan muktamad ke atas atau pemberhentian prosiding rayuan itu. (7) Tertakluk kepada subseksyen (3), jika terdapat lebih daripada seorang yang berminat dengan barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar itu, Mahkamah boleh mengarahkan supaya barang-barang, bahan atau artikel itu dijual, atau diuruskan selainnya, dan hasilnya dibahagikan, dan hendaklah dibuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut. (8) Jika Mahkamah memutuskan bahawa tiada perintah dibuat di bawah seksyen ini, orang yang ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya barang-barang, bahan atau artikel yang melanggar sebelum diserahkan, adalah berhak untuk mendapatkan kembali barang-barang, bahan atau artikel itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next