My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 64

Trademarks Act 2019 s 64

s 64 Assignment, etc., of registered trademark

(1) A registered trademark shall be transmissible by assignment or transmission in the same way as other personal or moveable property, and shall be so transmissible either in connection with the goodwill of a business or independently. (2) An assignment or other transmission of a registered trademark may be partial which is limited so as to apply in relation to some but not all of the goods or services for which the trademark is registered. (3) An assignment of a registered trademark, or an assent relating to a registered trademark, shall not be effective unless it is in writing and is signed by or on behalf of the assignor and assignee, or a personal representative, as the case may be. (4) Subsections (1), (2) and (3) shall apply to an assignment by way of security as in relation to any other assignment. (5) A registered trademark may be the subject of a charge in the same manner as other personal or moveable property. (6) Nothing in this Act shall be construed as affecting the assignment or other transmission of an unregistered trademark as part of the goodwill of a business.

Malay text (authoritative)

Penyerahhakan, dsb., cap dagangan berdaftar

(1) Suatu cap dagangan berdaftar hendaklah dipindahkan dengan penyerahhakan atau perpindahan dengan cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih lain, dan hendaklah dipindahkan sama ada berkaitan dengan nama baik perniagaan atau secara berasingan. (2) Suatu penyerahhakan atau perpindahan lain cap dagangan berdaftar boleh untuk sebahagian yang terhad supaya terpakai berhubung dengan beberapa tetapi bukan semua barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan. (3) Suatu penyerahhakan cap dagangan berdaftar, atau persetujuan berhubung dengan cap dagangan berdaftar, tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika ia dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak dan pemegang serah hak, atau seseorang wakil peribadi, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah terpakai bagi suatu penyerahhakan sebagai jaminan yang berkaitan dengan apa-apa penyerahhakan lain. (5) Cap dagangan berdaftar boleh menjadi subjek gadaian dengan cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih. (6) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh penyerahhakan atau perpindahan lain suatu cap dagangan tidak berdaftar sebagai sebahagian daripada nama baik suatu perniagaan.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next