My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 69

Trademarks Act 2019 s 69

s 69 Licensing of registered trademark

(1) A licence to use a registered trademark may be general or limited. (2) A limited licence may apply— (a) in relation to some but not all of the goods or services for which the trademark is registered; or (b) in relation to use of the trademark in a particular manner or a particular locality. (3) A licence shall not be effective unless it is in writing and is signed by or on behalf of the grantor. (4) A licence to use a registered trademark shall be binding on every successor in title to the grantor’s interest— (a) except any person who, in good faith and without any notice, actual or constructive, of the licence, has given valuable consideration for the interest in the registered trademark; or (b) unless the licence provides otherwise, and any reference to doing anything with, or without, the consent of a registered proprietor of trademark shall be construed accordingly. (5) Every person shall be deemed to have notice of a licence if the particulars as determined by the Registrar of the grant of the licence are entered in the Register under subsection 65(1). (6) Where the licence so provides, a sub-licence may be granted by the licensee. (7) This section shall apply, with the necessary modifications, to an exclusive licence.

Malay text (authoritative)

Pelesenan cap dagangan berdaftar

(1) Suatu lesen untuk menggunakan cap dagangan berdaftar boleh jadi umum atau terhad. (2) Lesen terhad boleh terpakai— (a) berhubung dengan beberapa tetapi bukan semua barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan; atau (b) berhubung dengan penggunaan cap dagangan mengikut cara tertentu atau tempat tertentu. (3) Suatu lesen tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika lesen itu dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak pemberi. (4) Suatu lesen untuk menggunakan cap dagangan berdaftar hendaklah mengikat tiap-tiap pengganti dalam hakmilik kepada kepentingan pihak pemberi— (a) kecuali mana-mana orang yang, dengan suci hati dan tanpa apa-apa notis, sebenar atau konstruktif, mengenai lesen itu, telah memberikan balasan yang berharga bagi kepentingan dalam cap dagangan berdaftar itu; atau (b) melainkan jika lesen itu memperuntukkan selainnya, dan apa-apa sebutan mengenai melakukan apa-apa dengan, atau tanpa, persetujuan tuan punya berdaftar cap dagangan hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. (5) Tiap-tiap orang hendaklah disifatkan mempunyai notis mengenai suatu lesen jika butir-butir yang ditentukan oleh Pendaftar mengenai pemberian lesen itu dicatatkan dalam Daftar di bawah subseksyen 65(1). (6) Sekiranya lesen memperuntukkan sedemikian, suatu sublesen boleh diberikan oleh pemegang lesen. (7) Seksyen ini hendaklah terpakai, dengan pengubahsuaian yang perlu, bagi suatu lesen eksklusif.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next