My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 71

Trademarks Act 2019 s 71

s 71 Exclusive licensee having rights and remedies of assignee

(1) An exclusive licence may provide that the licensee shall have, to such extent as may be provided by the licence, the same rights and remedies in respect of matters occurring after the grant of the licence as if the licence had been an assignment. (2) Where or to the extent of the provision referred to in subsection (1), the licensee shall be entitled, subject to the provisions of the licence and this section, to bring infringement proceedings, against any person other than the registered proprietor, in his own name. (3) Any such rights and remedies of an exclusive licensee are concurrent with those of the registered proprietor and references to the registered proprietor relating to infringement shall be construed accordingly. (4) In an action brought by an exclusive licensee under this section, a defendant may avail himself of any defence which would have been available to him as if the action had been brought by the registered proprietor of the trademark. (5) Where proceedings for infringement of a registered trademark brought by the registered proprietor or an exclusive licensee relate wholly or partly to an infringement in respect of which they have concurrent rights of action, the registered proprietor or the exclusive licensee may not, without leave of the Court, proceed with the action unless the other is either joined as a plaintiff or added as a defendant. (6) Subsection (5) does not affect the granting of interlocutory relief on an application by a registered proprietor of the trademark or exclusive licensee alone. (7) A person who is added as a defendant under subsection (4) shall not be liable for any costs in the action unless he takes part in the proceedings. (8) Where an action for infringement of a registered trademark brought relates wholly or partly to an infringement in respect of which the registered proprietor and an exclusive licensee have or had concurrent rights of action— (a) the Court shall in assessing damages take into account— (i) the terms of the licence; and (ii) any pecuniary remedy already awarded or available to either of them in respect of the infringement; (b) no account of profits shall be directed if an award of damages has been made, or an account of profits has been directed, in favour of the other of them in respect of the infringement; and (c) the Court shall, if an account of profits is directed, apportion the profits between them as the Court considers just, subject to any agreement between them. (9) Subsection (8) shall apply whether or not the registered proprietor and the exclusive licensee are both parties to the action, and if they are not both parties, the Court may give such directions as it thinks fit as to the extent to which the party to the proceedings is to hold the proceeds of any pecuniary remedy on behalf of the other. (10) Subsections (5) to (8) have effect subject to any agreement to the contrary between the exclusive licensee and the registered proprietor of the trademark.

Malay text (authoritative)

Pemegang lesen eksklusif mempunyai hak dan remedi pemegang serah hak

(1) Suatu lesen eksklusif boleh memperuntukkan bahawa pemegang lesen hendaklah mempunyai, setakat yang diperuntukkan oleh lesen itu, hak dan remedi yang sama berkenaan dengan perkara yang berlaku selepas pemberian lesen seolah-olah lesen itu telah menjadi suatu penyerahhakan. (2) Jika atau setakat peruntukan yang disebut dalam subseksyen (1), pemegang lesen adalah berhak, tertakluk kepada peruntukan lesen dan seksyen ini, untuk membawa prosiding pelanggaran terhadap mana-mana orang selain tuan punya berdaftar, atas namanya sendiri. (3) Mana-mana hak dan remedi hak pemegang lesen eksklusif adalah bersamaan dengan hak dan remedi tuan punya berdaftar dan sebutan mengenai tuan punya berdaftar yang berhubungan dengan pelanggaran hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. (4) Dalam suatu tindakan yang dibawa oleh pemegang lesen eksklusif di bawah seksyen ini, seorang defendan boleh menggunakan untuk dirinya apa-apa pembelaan yang boleh digunakan olehnya seolah-olah tindakan itu telah dibawa oleh tuan punya berdaftar cap dagangan itu. (5) Jika prosiding bagi pelanggaran cap dagangan berdaftar yang dibawa oleh tuan punya berdaftar atau pemegang lesen eksklusif itu berkaitan keseluruhannya atau sebahagiannya dengan suatu pelanggaran yang berkenaan dengan yang mereka mempunyai hak tindakan bersama, tuan punya berdaftar atau pemegang lesen eksklusif itu tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, meneruskan tindakan itu melainkan jika yang salah satu sama ada dimasukkan sebagai plaintif atau ditambah sebagai defendan. (6) Subseksyen (5) tidak menyentuh pemberian relief interlokutori atas permohonan oleh tuan punya berdaftar cap dagangan atau pemegang lesen eksklusif secara berseorangan. (7) Seseorang yang ditambah sebagai defendan di bawah subseksyen (4) tidak boleh dikenakan apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan jika dia mengambil bahagian dalam prosiding itu. (8) Jika suatu tindakan bagi pelanggaran suatu cap dagangan berdaftar yang dibawa berkaitan secara keseluruhannya atau sebahagiannya dengan pelanggaran yang berkenaan dengannya tuan punya berdaftar dan pemegang lesen eksklusif mempunyai atau pernah mempunyai hak tindakan bersama— (a) Mahkamah hendaklah menilai ganti rugi dengan mengambil kira— (i) terma lesen itu; dan (ii) apa-apa remedi kewangan yang telah diawardkan atau tersedia kepada mana-mana daripada mereka berkenaan dengan pelanggaran itu; (b) tiada akaun keuntungan boleh diarahkan sekiranya award ganti rugi telah dibuat, atau akaun keuntungan telah diarahkan, dengan memihak kepada orang yang lain berkenaan dengan pelanggaran itu; dan (c) Mahkamah hendaklah, jika suatu akaun keuntungan diarahkan, membahagikan keuntungan antara mereka sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah, tertakluk kepada apa-apa perjanjian antara mereka. (9) Subseksyen (8) hendaklah terpakai sama ada atau tidak tuan punya berdaftar dan pemegang lesen eksklusif yang kedua-duanya merupakan pihak dalam tindakan itu, dan jika kedua-duanya bukan merupakan pihak, Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya setakat yang pihak kepada prosiding itu memegang hasil apa-apa remedi kewangan bagi pihak yang lain. (10) Subseksyen (5) hingga (8) berkuat kuasa tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang bertentangan antara pemegang lesen eksklusif dengan tuan punya berdaftar cap dagangan itu.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next