My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 76

Trademarks Act 2019 s 76

s 76 Protection of well-known trademarks

(1) A well-known trademark shall be entitled to protection under this section— (a) whether or not the trademark has been registered in Malaysia, or an application for the registration of trademark has been made to the Registrar; and (b) whether or not the proprietor of the trademark carries on business, or has any goodwill, in Malaysia. (2) Subject to subsections (5) and (6), the proprietor of a well-known trademark shall be entitled to restrain by injunction the use in Malaysia, in the course of trade and without the proprietor’s consent, of any trademark which, or an essential part of which, is identical with or similar to the proprietor’s trademark— (a) in relation to identical or similar goods or services, where the use is likely to cause confusion; or (b) in relation to any goods or services, where the use of the trademark would indicate a connection between those goods or services and the proprietor, and is likely to damage the interests of the proprietor. (3) A proprietor of a well-known trademark may apply to the Court for a declaration of invalidation of a registered trademark on the grounds that the registered trademark is identical with or similar to a well-known trademark in Malaysia and the registered trademark is registered for any goods or services which are not identical or not similar to those in respect of the well-known trademark— (a) if the use of the registered trademark in relation to those goods or services would indicate a connection between those goods or services and the proprietor of the wellknown trademark; (b) there exists a likelihood of confusion on the part of the public because of such use; and (c) the interests of the proprietor of the well-known trademark are likely to be damaged by such use. (4) A proprietor of a well-known trademark may apply to the Court for a declaration of invalidation of a registered trademark on the grounds of fraud in the registration or that the registration was obtained by misrepresentation. (5) The proprietor of a well-known trademark shall not be entitled to the right referred to in subsection (2) if the use of the trademark began before the proprietor’s trademark became well-known in Malaysia unless the trademark has been used in bad faith. (6) The proprietor of a well-known trademark shall cease to be entitled to the right referred to in subsection (2) if the proprietor of the well-known trademark has acquiesced for a continuous period of five years in the use of the trademark in Malaysia, being aware of that use, unless the trademark has been used in bad faith. (7) In deciding whether the trademark, has been used in bad faith, it shall be relevant to the Court to consider whether the person who used the trademark had, at the time he began to use the trademark, knowledge of, or reason to know of, the proprietor’s well-known trademark. (8) Nothing in subsection (2) shall affect the continuation of any use referred to that subsection in good faith of a trademark that was begun before 1 December 1997 (when the relevant provisions of the TRIPS Agreement entered into force in relation to the Malaysia). (9) Nothing in subsection (3) shall affect the continuation of any bona fide use of a trademark begun before the commencement of this Act. (10) For the purposes of this section, “use”, in relation to a trademark, means use within the meaning of subsection 54(3).

Malay text (authoritative)

Perlindungan cap dagangan terkenal

(1) Cap dagangan terkenal berhak mendapat perlindungan di bawah seksyen ini— (a) sama ada atau tidak cap dagangan itu telah didaftarkan di Malaysia, atau suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan telah dibuat kepada Pendaftar; dan (b) sama ada atau tidak tuan punya cap dagangan itu menjalankan perniagaan, atau mempunyai nama baik, di Malaysia. (2) Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), tuan punya suatu cap dagangan terkenal berhak untuk menahan dengan injunksi penggunaan di dalam Malaysia, dalam perjalanan perdagangan dan tanpa persetujuan tuan punya, apa-apa cap dagangan yang, atau suatu bahagian penting yang, serupa atau hampir serupa dengan tuan punya cap dagangan— (a) berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang serupa atau hampir serupa, yang penggunaan itu mungkin menyebabkan kekeliruan; atau (b) berhubung dengan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan, jika penggunaan cap dagangan itu menunjukkan kaitan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan tuan punya, dan mungkin merosakkan kepentingan tuan punya. (3) Tuan punya suatu cap dagangan terkenal boleh memohon kepada Mahkamah bagi pengisytiharan ketidaksahan cap dagangan berdaftar atas alasan bahawa cap dagangan berdaftar itu serupa atau hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di dalam Malaysia dan cap dagangan berdaftar itu didaftarkan bagi apa-apa barang-barang atau perkhidmatan yang tidak serupa atau tidak hampir serupa dengan barang-barang dan perkhidmatan yang berkenaan dengan cap dagangan terkenal itu— (a) jika penggunaan cap dagangan berdaftar berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu akan menunjukkan suatu kaitan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan tuan punya cap dagangan terkenal itu; (b) jika wujud kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam kerana penggunaan sedemikian; dan (c) kepentingan tuan punya cap dagangan terkenal itu mungkin dirosakkan dengan penggunaan itu. (4) Seorang tuan punya cap dagangan terkenal boleh memohon kepada Mahkamah bagi pengisytiharan ketidaksahan suatu cap dagangan berdaftar atas alasan pendaftaran itu diperoleh secara fraud atau dengan salah nyataan. (5) Tuan punya suatu cap dagangan terkenal itu tidak berhak kepada hak yang disebut dalam subseksyen (2) jika penggunaan cap dagangan itu bermula sebelum cap dagangan milikan tuan punya menjadi terkenal di dalam Malaysia melainkan jika cap dagangan itu telah digunakan dengan niat jahat. (6) Tuan punya suatu cap dagangan terkenal itu hendaklah terhenti mendapat hak yang disebut dalam subseksyen (2) jika tuan punya cap dagangan terkenal itu telah bersetuju bagi tempoh lima tahun berturut-turut cap dagangan itu digunakan di dalam Malaysia, menyedari tentang penggunaan itu, melainkan jika cap dagangan itu telah digunakan dengan niat jahat. (7) Dalam memutuskan sama ada cap dagangan itu, telah digunakan dengan niat jahat, ia hendaklah relevan kepada Mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada orang yang menggunakan cap dagangan itu, pada masa dia mula menggunakan cap dagangan, mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mengetahui, cap dagangan terkenal milik tuan punya itu. (8) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh menjejaskan penerusan apa-apa penggunaan yang disebut dalam subseksyen itu mengenai suatu cap dagangan dengan suci hati yang bermula sebelum 1 Disember 1997 (apabila peruntukan yang berkaitan dengan Perjanjian TRIPS mula berkuat kuasa berhubung dengan Malaysia). (9) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh menjejaskan penerusan apa-apa penggunaan bona fide suatu cap dagangan yang digunakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini. (10) Bagi maksud seksyen ini, “penggunaan”, berhubung dengan suatu cap dagangan, ertinya penggunaan mengikut pengertian subseksyen 54(3).

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next