My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 79

Trademarks Act 2019 s 79

s 79 Emblems, etc., of certain international intergovernmental organization under Article 6ter of Paris Convention

(1) A trademark which consists of or contains any armorial bearing, flag, emblem, abbreviation or name of international intergovernmental organizations of which one or more Convention countries are members and which is protected under the Paris Convention or the TRIPS Agreement shall not be registered without the authorization of the international intergovernmental organization concerned, unless it appears to the Registrar that the use of the armorial bearing, flag, emblem, abbreviation or name in the manner proposedβ€” (a) would indicate to the public that a connection exists between the organization and the trademark; or (b) is not likely to mislead the public as to the existence of a connection between the user and the organization. (2) References to armorial bearing, flag, emblems, abbreviation or name of an international intergovernmental organization under this section, apply equally to anything which from a heraldic point of view imitates any such emblem. (3) Where under this section, the authorization of an international intergovernmental organization shall or would be required for the registration of trademark, that organization shall be entitled to restrain by injunction any use of the trademark in Malaysia without its authorization. (4) Nothing in this section affects the rights of a person whose use in good faith of the trademark in question began before 1 January 1989 (when the relevant provisions of the Paris Convention entered into force in relation to the Malaysia).

Malay text (authoritative)

Lambang, dsb., bagi organisasi antara kerajaan antarabangsa tertentu di bawah Perkara 6ter Konvensyen Paris

(1) Cap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi apa-apa lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama organisasi antara kerajaan antarabangsa yang satu atau lebih negara Konvensyen ialah anggota dan yang dilindungi di bawah Konvenyen Paris atau Perjanjian TRIPS tidak akan didaftarkan tanpa kebenaran daripada organisasi antara kerajaan antarabangsa yang berkenaan, melainkan jika ternyata kepada Pendaftar bahawa penggunaan lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama mengikut cara yang dicadangkanβ€” (a) akan menunjukkan kepada orang awam bahawa wujud kaitan antara organisasi dengan cap dagangan itu; atau (b) berkemungkinan tidak mengelirukan orang awam tentang wujud kaitan antara pengguna dengan organisasi itu. (2) Sebutan mengenai lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama organisasi antara kerajaan antarabangsa di bawah seksyen ini, terpakai sama rata dengan apa-apa yang dari sudut pandangan heraldik meniru apa-apa lambang itu. (3) Jika di bawah seksyen ini, kebenaran suatu organisasi antara kerajaan antarabangsa hendaklah atau akan dikehendaki bagi pendaftaran cap dagangan, organisasi itu hendaklah berhak untuk menahan dengan injunksi apa-apa penggunaan cap dagangan di dalam Malaysia tanpa kebenarannya. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menjejaskan hak seseorang yang menggunakan dengan suci hati cap dagangan yang dipersoal sebelum 1 Januari 1989 (apabila peruntukan yang berkaitan dengan Konvensyen Paris mula berkuat kuasa berhubung dengan Malaysia).

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 2 β†’

Find Act 815 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next