My bookmarksSign up free
← National Anti-Financial Crime Centre Act 2019

National Anti-Financial Crime Centre Act 2019 s 16

National Anti-Financial Crime Centre Act 2019 s 16

s 16 Power to gather information

(1) The National Anti-Financial Crime Centre may, by a written notice, order any person, who has any document that is relevant, or is capable of giving any information relating to financial crime which the National Anti-Financial Crime Centre has reasonable grounds to believe that the information is relevant, to the performance of its functions under this Act to— (a) give and produce to the National Anti-Financial Crime Centre, within the period and in the manner specified in the written notice, any such information or document; (b) make copies of any such documents and to produce those copies to the National Anti-Financial Crime Centre within the period and in the manner specified in the written notice; or (c) appear before an officer of the National Anti-Financial Crime Centre at a time and place specified in the written notice to give any information. (2) Any person who receives a written notice under subsection (1), shall— (a) provide such information or documents as specified in the written notice; (b) ensure that the information or documents provided are true, accurate and complete; and (c) provide a representation to that effect, including a representation that he is not aware of any other information or document which would make the information or document provided untrue or misleading. (3) A person referred to in subsection (1) may, to the extent permitted under the applicable written laws, provide to the National Anti-Financial Crime Centre any information that the National Anti-Financial Crime Centre considers necessary to exercise its functions under this Act. (4) Where any person discloses any information or produces any documents in response to a written notice under this section, such person, his agent or employee, or any other person acting on his behalf or under his direction, shall not, by reason only of such disclosure or production, be liable to prosecution for any offence under any law, or to any proceedings or claim by any person under any law or under any contract, agreement or arrangement, or otherwise. (5) Subsection (4) shall not bar, prevent or prohibit the institution of any prosecution for any offence as provided by this section or the disclosure or production of false information or document in relation to a written notice under this section furnished to the National Anti-Financial Crime Centre pursuant to this section. (6) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengumpul maklumat

(1) Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional boleh, melalui suatu notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang, yang mempunyai apa-apa dokumen yang berkaitan, atau yang boleh memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan jenayah kewangan yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa maklumat itu adalah berkaitan, dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini untuk— (a) memberi dan mengemukakan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, apa-apa maklumat atau dokumen itu; (b) membuat salinan apa-apa dokumen itu dan mengemukakan salinan itu kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; atau (c) hadir di hadapan seorang pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis itu untuk memberikan apa-apa maklumat. (2) Mana-mana orang yang menerima suatu notis bertulis di bawah subseksyen (1), hendaklah— (a) memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; (b) memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap; dan (c) memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. (3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai, memberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional apa-apa maklumat yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional fikirkan patut bagi maksud pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. (4) Jika mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada suatu notis bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pemberian itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau bagi apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya. (5) Subseksyen (4) tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional menurut seksyen ini. (6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 822 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next