s 9 Vesting of property, etc.
(1) Subject to this Act, the Minister may, from time to time, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on such date all properties, rights, interests, obligations and liabilities of the Board specified by the Minister in the order
shall, by virtue of this Act, be transferred to and vested in the Government without any conveyance, assignment or transfer.
(2) Every property, rights, interest, obligation and liability transferred to and vested in the Board shall be transferred to and vested in the Government for the like title, estate or interest and on the like tenure as the property, rights, interest, obligation and liability were vested or held immediately before the vesting date.
(3) Any land which immediately before the date of commencement of this Act were vested in the Board shall, on the vesting date, be vested in the Federal Lands Commissioner for the purposes of the Government.
(4) Where by virtue of subsection (1), any property is transferred to and vested in the Government, the provisions of Part Thirty of the National Land Code 1965 [Act 56 of 1965] shall, for the purpose of effecting the registration of such vesting, apply to the Government.
(5) Any property and asset, other than land, which immediately before the date of commencement of this Act were vested in the Board shall, on the vesting date, be vested in the Government.
(6) In the case of properties, rights, interests, obligations and liabilities arising under any loan which are vested in the Government on the vesting date, the Government may enter into agreements or arrangements over the properties, rights, interests, obligations and liabilities with any other person.
Malay text (authoritative)
Peletakhakan harta, dsb.
(1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Lembaga yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.
(2) Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
(3) Mana-mana tanah yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
(4) Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 Tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Kerajaan.
(5) Mana-mana harta dan aset, selain tanah, yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Kerajaan.
(6) Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Kerajaan pada tarikh peletakhakan, Kerajaan boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).