My bookmarksSign up free
← Currency Act 2020

Currency Act 2020 s 41

Currency Act 2020 s 41

s 41 Submission of document or information

(1) A registered currency processor and a financial institution shall submit to the Bank, or to any person as the Bank may identify, any document or information in the manner and within the period as specified by the Bank. (2) The Bank may require any person to submit any document or information as specified by the Bank relating to— (a) a registered currency processor or its currency processing business; or (b) a financial institution or its currency processing activities. (3) Where any person is required to submit any document or information under subsection (1) or (2), the person shall submit document or information that is correct, accurate, complete and not misleading. (4) Any person who contravenes subsection (1), (2) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Pengemukaan dokumen atau maklumat

(1) Seseorang pemproses mata wang berdaftar dan suatu institusi kewangan hendaklah mengemukakan kepada Bank, atau kepada mana-mana orang yang dikenal pasti oleh Bank, apa-apa dokumen atau maklumat mengikut cara dan dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank. (2) Bank boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh Bank yang berhubungan dengan— (a) seorang pemproses mata wang berdaftar atau perniagaan pemprosesan mata wangnya; atau (b) suatu institusi kewangan atau aktiviti pemprosesan mata wangnya. (3) Jika mana-mana orang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2), orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat yang betul, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Penggal 3 Pemeriksaan

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 827 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next