My bookmarksSign up free
← Continental Shelf Act 1966

Continental Shelf Act 1966 s 4

Continental Shelf Act 1966 s 4

s 4 Mining within the continental shelf

(1) No person shall explore, prospect or bore for or carry on any operations for the getting of petroleum in the sea-bed or subsoil of the continental shelf except under and in accordance with the Petroleum Mining Act 1966 [Act 95]. (2) For the purposes of the following subsections, the expression β€œminerals” shall be construed to mean minerals other than petroleum. (3) No person shall explore, prospect or bore for or carry on any operations for the getting of minerals in the sea-bed or subsoil of the continental shelf except in pursuance of a licence issued under the following subsections. (4) The Minister may from time to time, on an application made in that behalf, grant to any person a licence authorizing the person to explore, prospect, bore and mine for and to carry on operations for the getting of minerals of any specified kind in any specified area of the continental shelf. (5) Every application for a licence and every licence granted under subsection (4) shall be in such form and subject to the payment of such fees and other payments as may be prescribed by the Minister and be subject to such conditions as the Minister, when granting the licence, thinks fit to impose in the circumstances of each case, including, but without limiting the generality of the foregoing provisions of this section, conditions requiring the licenseeβ€” (a) to comply with such conditions as to safety as are specified in the licence; and (b) to pay to the Federal Government in respect of any minerals recovered by the licensee from the continental shelf such royalties as are specified in the licence. (6) The grant of a licence under subsection (4) shall in every case be in the absolute discretion of the Minister and any number of licences may be granted to the same person; and every licence may be so granted that the rights thereunder are to be enjoyed by the licensee in common with other licensees to whom licences under subsection (4) may have been granted or may thereafter be granted. (7) Any person who explores, prospects, bores or mines for, or carries on operations for the recovery of any minerals in the seabed or subsoil of the continental shelf otherwise than in pursuance of a licence under subsection (4) and in accordance with the conditions of the licence (not being a condition relating to the payment of royalties to the Federal Government) shall be guilty of an offence, and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and all machinery, tools, plant, buildings and other property together with any minerals or other products which may be found upon or proved to have been obtained from the area of the continental shelf so unlawfully explored, prospected or mined shall be liable to forfeiture.

Malay text (authoritative)

Pelombongan di dalam pelantar benua

(1) Tiada seorang pun boleh menjelajah, mencari gali atau menggerek atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan petroleum di dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua kecuali di bawah dan mengikut Akta Pelombongan Petroleum 1966 [Akta 95]. (2) Bagi maksud subseksyen yang berikut, ungkapan β€œgalian” hendaklah ditafsirkan sebagai bererti galian selain petroleum. (3) Tiada seorang pun boleh menjelajah, mencari gali atau menggerek atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan galian di dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua kecuali menurut lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen yang berikut. (4) Menteri boleh dari semasa ke semasa, apabila permohonan dibuat bagi maksud itu, memberi mana-mana orang lesen yang membenarkan orang itu menjelajah, mencari gali, menggerek dan melombong dan menjalankan operasi bagi mendapatkan galian daripada apa-apa jenis tertentu di dalam mana-mana kawasan tertentu pelantar benua itu. (5) Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan lesen dan tiaptiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan tertakluk kepada pembayaran apaapa fi dan bayaran lain yang ditetapkan oleh Menteri dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh Menteri, apabila memberikan lesen itu, patut dikenakan dalam hal keadaan setiap permohonan, termasuklah, tetapi tanpa menghadkan keluasan peruntukan terdahulu seksyen ini, syarat yang menghendaki pemegang lesen ituβ€” (a) mematuhi apa-apa syarat tentang keselamatan yang dinyatakan dalam lesen itu; dan (b) membayar kepada Kerajaan Persekutuan apa-apa royalti yang dinyatakan dalam lesen itu berkenaan dengan apaapa galian yang didapati oleh pemegang lesen itu dari pelantar benua. (6) Pemberian lesen di bawah subseksyen (4) hendaklah dalam tiap-tiap hal mengikut budi bicara mutlak Menteri dan apa-apa bilangan lesen boleh diberikan kepada orang yang sama; dan tiaptiap lesen boleh diberikan supaya hak di bawahnya dinikmati oleh pemegang lesen itu bersama-sama dengan pemegang lesen lain yang kepadanya lesen di bawah subseksyen (4) telah diberikan atau mungkin diberikan kemudiannya. (7) Mana-mana orang yang menjelajah, mencari gali, menggerek atau melombong, atau menjalankan operasi bagi mendapatkan apaapa galian di dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua selain menurut lesen di bawah subseksyen (4) dan mengikut syarat lesen itu (yang bukan suatu syarat yang berhubungan dengan pembayaran royalti kepada Kerajaan Persekutuan) adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan semua jentera, perkakas, loji, bangunan dan harta lain berserta dengan apa-apa galian atau keluaran lain yang mungkin dijumpai di atau yang dibuktikan telah didapati dari kawasan pelantar benua yang dijelajahi, dicari gali atau dilombong dengan menyalahi undang-undang itu boleh dilucuthakkan.

Read this section in the full act β†’

Find Act 83 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next