My bookmarksSign up free
← Societies Act 1966 (Revised - 2021)

Societies Act 1966 (Revised - 2021) s 2

Societies Act 1966 (Revised - 2021) s 2

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “Assistant Registrar” means any officer appointed as an Assistant Registrar of Societies under section 3; “benefit” means a payment made by a mutual benefit society for the relief or maintenance of the members or subscribers or on birth or death in accordance with the rules of the mutual benefit society; “local society” means any society organized and established in Malaysia or having its headquarters or principal place of business in Malaysia, and includes any society deemed to be established in Malaysia by virtue of section 4; “Minister” means the Minister charged with responsibility for the registration of societies; “mutual benefit society” means any society which by its objects and rules either as the principal object or as an ancillary object makes provisions by voluntary subscriptions of the members of the society or subscribers to the society with or without the aid of donations for— (a) the relief or maintenance of the members or subscribers, their husbands, wives, children, fathers, mothers, brothers, sisters, nephews, nieces or wards, during sickness or other infirmity, whether bodily or mental, in old age or in widowhood or for the relief or maintenance of the orphan children of members or subscribers during minority; (b) the payment of money on the birth of a member’s or subscriber’s child or on the death of a member or subscriber or of the child, husband, wife, parent or grandparent of a member or subscriber or on the death of any other person or for the funeral expenses of the member or subscriber or of the child, husband, or wife of a member or subscriber or of the widow of a deceased member or subscriber; or (c) the relief or maintenance of the members or subscribers when unemployed or when in distressed circumstances; “office-bearer”, in relation to a society, means any person who is the president, vice-president, secretary or treasurer of such society or any branch of the society, or who is a member of the committee or governing body of the society, or of any branch of the society or who holds in such society or any branch of such society any office or position analogous to any of those mentioned above; “political party” means— (a) any society which by any of its objects or rules, regardless whether such object or rule is its principal object or rule, or constitutes merely an object or rule which is ancillary to its principal object or objects or to its principal rule or rules, makes provision for the society to participate, through its candidates, in elections to the Dewan Rakyat, or to a Dewan Undangan Negeri, or to a local authority, or makes provision for it to seek the appointment or election of a person proposed or supported by it to the Dewan Negara; or (b) any society which, notwithstanding anything contained in its objects or rules, carries on any activity or pursues any objective which involves its participation, through its candidates, in elections to the Dewan Rakyat, or to a Dewan Undangan Negeri, or to a local authority, or which involves it seeking the appointment or election of a person proposed or supported by it to the Dewan Negara; “registered society” means any society for the time being registered under section 7; “Registrar” means the Registrar of Societies appointed under section 3 and includes any Deputy Registrar of Societies appointed under the same section; “society” includes any club, company, partnership, or association of seven or more persons whatever its nature or object, whether temporary or permanent, but does not include— (a) any company registered under the provisions of any written law relating to companies for the time being in force in Malaysia; (b) any company or association constituted under any written law; (c) any trade union registered or required to be registered under the provisions of any written law relating to trade unions for the time being in force in Malaysia; (d) any company, association or partnership formed for the sole purpose of carrying on any lawful business that has for its object the acquisition of gain by the company, association or partnership, or by the individual members of the company, association or partnership; (e) any co-operative society, registered as such, under any written law; (f) any organization or association in respect of which there is for the time being in force a certificate (which may be granted, refused or cancelled at his discretion) by a person or authority appointed under the provisions of the written law for the time being in force relating to the registration of schools that such organization or association forms part of the curriculum of a school; or (g) any school, management committee of a school, parents association or parents and teachers association registered or exempted from registration under any law for the time being in force regulating schools; “subscription” means a subscription paid by a member or subscriber to a mutual benefit society and where a mutual benefit society carries on activities other than those of a mutual benefit society means the subscription paid by the member or subscriber for the purpose of obtaining the benefits provided by the rules of the society.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “faedah” ertinya pembayaran yang dibuat oleh sesuatu pertubuhan faedah bersama bagi bantuan atau nafkah bagi anggota atau peyuran atau apabila ada kelahiran atau kematian mengikut kaedah-kaedah pertubuhan faedah bersama itu; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan; “parti politik” ertinya— (a) mana-mana pertubuhan yang menurut mana-mana tujuan atau kaedahnya, tidak kira sama ada tujuan atau kaedah itu merupakan tujuan atau kaedah utamanya, atau semata-mata merupakan tujuan atau kaedah yang menjadi tambahan kepada tujuan atau tujuan-tujuan utamanya atau kepada kaedah atau kaedah-kaedah utamanya, mengadakan peruntukan bagi pertubuhan itu menyertai, melalui calon-calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri, atau ke pihak berkuasa tempatan, atau mengadakan peruntukan baginya mengusahakan pelantikan atau pemilihan ke Dewan Negara seseorang yang dicadangkan atau disokong olehnya; atau (b) mana-mana pertubuhan yang, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam tujuan atau kaedah-kaedahnya, menjalankan apa-apa aktiviti atau meneruskan apa-apa tujuan yang melibatkan penyertaannya, melalui calonnya, dalam pemilihan ke Dewan Rakyat, atau ke Dewan Undangan Negeri, atau ke pihak berkuasa tempatan, atau yang melibatkan ia mengusahakan pelantikan atau pemilihan ke Dewan Negara seseorang yang dicadangkan atau disokong olehnya; “pemegang jawatan”, berhubung dengan sesuatu pertubuhan, ertinya mana-mana orang yang menjadi yang dipertua, naib yang dipertua, setiausaha atau bendahari pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu, atau yang menjadi anggota jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhan itu, atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau yang memegang dalam pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu apa-apa jawatan atau kedudukan yang sama dengan mana-mana yang tersebut di atas; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah mana-mana Timbalan Pendaftar Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen yang sama; “Penolong Pendaftar” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik sebagai seorang Penolong Pendaftar Pertubuhan di bawah seksyen 3; “pertubuhan” termasuklah mana-mana kelab, syarikat, perkongsian, atau persatuan tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal, yang mengandungi tujuh orang atau lebih tetapi tidak termasuk— (a) mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang sedang berkuat kuasa di Malaysia; (b) mana-mana syarikat atau persatuan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (c) mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kesatuan sekerja yang sedang berkuat kuasa di Malaysia; (d) mana-mana syarikat, persatuan atau perkongsian yang dibentuk bagi maksud semata-mata menjalankan apaapa urusan yang sah yang mempunyai tujuan untuk memperoleh keuntungan oleh syarikat, persatuan atau perkongsian itu, atau oleh anggota perseorangan syarikat, persatuan atau perkongsian itu; (e) mana-mana koperasi, yang didaftarkan sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (f) mana-mana organisasi atau persatuan yang berkenaan dengannya pada masa ini berkuat kuasa suatu perakuan (yang boleh diberikan, ditolak, atau dibatalkan menurut budi bicaranya) oleh seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang dilantik di bawah peruntukan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran sekolah bahawa organisasi atau persatuan itu menjadi sebahagian daripada kurikulum sesuatu sekolah; atau (g) mana-mana sekolah, jawatankuasa pengurusan sesuatu sekolah, persatuan ibu bapa atau persatuan ibu bapa dan guru yang didaftarkan atau dikecualikan daripada pendaftaran di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang mengawal selia sekolah; “pertubuhan berdaftar” ertinya mana-mana pertubuhan yang pada masa ini didaftarkan di bawah seksyen 7; “pertubuhan faedah bersama” ertinya mana-mana pertubuhan yang menurut tujuan atau kaedahnya sama ada sebagai tujuan utama atau sebagai tujuan tambahan, mengadakan peruntukan melalui yuran sukarela daripada anggota pertubuhan itu atau peyuran kepada pertubuhan itu sama ada berserta dengan bantuan derma atau tidak bagi— (a) bantuan atau nafkah anggota atau peyurannya, suami, isteri, anak, bapa, ibu, saudara lelaki, saudara perempuan, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan atau peliharaan mereka, semasa sakit atau kelemahan lain, sama ada pada badan atau otak, pada masa tua atau pada masa menjadi balu atau bagi bantuan atau nafkah anak yatim anggota atau peyuran dalam masa belum dewasa; (b) pembayaran wang apabila lahir anak seseorang anggota atau peyuran atau apabila mati seseorang anggota atau peyuran atau apabila mati anak, suami, isteri, ibu atau bapa, atau datuk atau nenek seseorang anggota atau peyuran atau apabila mati mana-mana orang lain atau bagi belanja pengebumian anggota atau peyuran atau anak, suami, atau isteri seseorang anggota atau peyuran atau balu seseorang anggota atau peyuran yang telah mati; atau (c) bantuan atau nafkah anggota atau peyuran apabila menganggur atau apabila dalam keadaan menderita; “pertubuhan tempatan” ertinya mana-mana pertubuhan yang diatur dan ditubuhkan di Malaysia atau yang mempunyai ibu pejabat atau tempat utama urusannya di Malaysia, dan termasuklah mana-mana pertubuhan yang disifatkan ditubuhkan di Malaysia menurut kuasa seksyen 4; “yuran” ertinya yuran yang dibayar oleh seseorang anggota atau peyuran kepada sesuatu pertubuhan faedah bersama dan jika sesuatu pertubuhan faedah bersama menjalankan aktiviti selain aktiviti bagi pertubuhan faedah bersama ertinya yuran yang dibayar oleh anggota atau peyuran itu bagi maksud mendapat faedah yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah pertubuhan itu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 832 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next