My bookmarksSign up free
← Societies Act 1966 (Revised - 2021)

Societies Act 1966 (Revised - 2021) s 66

Societies Act 1966 (Revised - 2021) s 66

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 66 Power of Registrar or Assistant Registrar to summon witnesses

(1) The Registrar or an Assistant Registrar may summon before him any person who he has reason to believe to be able to give any information as to the existence or operations of any unlawful society, or suspected unlawful society, or as to the operations of any registered society. (2) The person so summoned shall attend at the hour and place in the summons specified, and produce all documents in his custody, possession or power relating to such society or suspected society, and answer truthfully all questions which the Registrar or an Assistant Registrar may put to him. (3) The Registrar and every Assistant Registrar may administer oaths to and examine on oath any person summoned before him under this section. (4) If any person summoned by the Registrar or an Assistant Registrar under this section shall without lawful excuse fail to comply with any obligation imposed upon him by subsection (2) or shall give information which the Registrar or Assistant Registrar believes to be false, the Registrar or Assistant Registrar may, if he considers it advisable to provide for the future identification of such person, order that a photograph and impressions of fingerprints of such person be taken at such time and in such place and manner as the Registrar or Assistant Registrar may think fit. The Registrar may dispose of such photograph and impressions of fingerprints as he, in his absolute discretion, deems fit. (5) Any person who refuses to comply with such order or obstructs compliance with such order may be arrested and detained in custody and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit. (6) No statement made by a person summoned before the Registrar or an Assistant Registrar under this section shall subject him to any arrest or criminal prosecution, or be proved against him in any criminal proceedings, except a prosecution for failing to answer truthfully under this section.

Malay text (authoritative)

Kuasa Pendaftar atau Penolong Pendaftar untuk memanggil saksi

(1) Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar boleh memanggil supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai boleh memberikan apa-apa maklumat tentang wujudnya atau operasi mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang, atau pertubuhan yang disyaki menyalahi undang-undang, atau tentang operasi manamana pertubuhan berdaftar. (2) Orang yang dipanggil supaya hadir itu hendaklah hadir pada waktu dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, dan mengemukakan segala dokumen dalam jagaan, milikan atau kuasanya yang berhubungan dengan pertubuhan itu atau pertubuhan yang disyaki itu, dan menjawab dengan benar semua soalan yang ditanya kepadanya oleh Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar. (3) Pendaftar dan tiap-tiap Penolong Pendaftar boleh mengendalikan sumpah kepada dan memeriksa secara bersumpah mana-mana orang yang dipanggil supaya hadir di hadapannya di bawah seksyen ini. (4) Jika mana-mana orang yang dipanggil supaya hadir oleh Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar di bawah seksyen ini tidak mematuhi tanpa sebab yang sah apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh subseksyen (2) atau memberi maklumat yang dipercayai oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu sebagai palsu, Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu boleh, jika difikirkannya berfaedah untuk mengenal orang itu pada masa hadapan, memerintahkan supaya fotograf dan cap jari orang itu diambil pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu. Pendaftar itu boleh melupuskan fotograf dan cap jari itu, menurut budi bicaranya yang mutlak, sebagaimana yang dianggapnya patut. (5) Mana-mana orang yang enggan mematuhi perintah itu atau menghalang pematuhan perintah itu boleh ditangkap dan ditahan dalam jagaan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seribu ringgit. (6) Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang yang dipanggil supaya hadir di hadapan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar di bawah seksyen ini boleh menyebabkan dia ditangkap atau pendakwaan jenayah dibuat terhadapnya, atau dijadikan bukti terhadapnya dalam apa-apa prosiding jenayah, kecuali dalam pendakwaan kerana tidak memberikan jawapan dengan benar di bawah seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 832 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next