Societies Act 1966 (Revised - 2021) s 8
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 8 Certificate of registration
The Registrar, on registering a local society under section 7, shall issue to the society a certificate of registration in the prescribed form, and that certificate, unless proved to have been cancelled, shall be conclusive evidence for all purposes that the society has been duly registered under this Act.
Liability of registered society in respect of contracts entered into by a branch
8 A . (1) Notwithstanding anything contained in section 12, a registered society shall not sue or be sued in respect of any contract entered into by any branch of the society, or by any office-bearer of such branch, unless such contract—
(a) has been entered into by the branch by virtue of an express permission given to the branch by the committee or governing body of the registered society; or
(b) is a contract within a particular class or description which the branch is generally or specifically authorized by the society to enter into.
(2) Paragraphs 9(c), (d) and (e) shall be construed accordingly in their application to any suit, proceeding, judgment, or application for execution, in relation to any contract entered into by a branch of a registered society.
(3) Without prejudice to subsection (1), where a branch, which in this subsection is referred to as the “subordinate branch”, is under the control and responsible to another branch, which in this subsection is referred to as the “superior branch”, the superior branch may sue or be sued for contracts entered into by the subordinate branch if—
(a) such contract is entered into by virtue of an express written permission given by the superior branch; or
(b) such contract is a contract which is within the class or description of contracts which the subordinate branch is authorized by the superior branch to enter:
Provided that a branch shall in any case be deemed to be under the control of and responsible to another branch if members of the superior branch are nominated or elected or otherwise chosen from the members of the subordinate branches.
Malay text (authoritative)
Perakuan pendaftaran
Pendaftar, apabila mendaftarkan sesuatu pertubuhan tempatan di bawah seksyen 7, hendaklah mengeluarkan kepada pertubuhan itu suatu perakuan pendaftaran mengikut borang yang ditetapkan, dan perakuan itu, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi segala maksud bahawa pertubuhan itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini.
Liabiliti pertubuhan berdaftar berkenaan dengan kontrak yang dibuat oleh cawangan
8 A. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 12, sesuatu pertubuhan berdaftar tidak boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya berkenaan dengan apaapa kontrak yang dibuat oleh mana-mana cawangan pertubuhan itu, atau oleh mana-mana pemegang jawatan cawangan itu, melainkan jika kontrak itu—
(a) telah dibuat oleh cawangan menurut kebenaran nyata yang diberikan kepada cawangan itu oleh jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhan berdaftar itu; atau
(b) ialah suatu kontrak dalam kelas atau perihalan tertentu yang cawangan itu diberi kuasa secara am atau khusus oleh pertubuhan itu untuk membuat kontrak.
(2) Perenggan 9(c), (d) dan (e) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dalam pemakaiannya bagi apa-apa guaman, prosiding, penghakiman, atau permohonan bagi pelaksanaan, berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat oleh suatu cawangan suatu pertubuhan berdaftar.
(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika sesuatu cawangan, yang dalam subseksyen ini disebut “cawangan bawahan”, adalah di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain, yang disebut “cawangan atasan” dalam subseksyen ini, cawangan atasan itu boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya bagi kontrak yang dibuat oleh cawangan bawahan jika—
(a) kontrak itu dibuat menurut kebenaran bertulis yang nyata yang diberikan oleh cawangan atasan; atau
(b) kontrak itu ialah suatu kontrak yang termasuk dalam kelas atau perihalan kontrak yang cawangan bawahan itu diberi kuasa oleh cawangan atasan untuk membuatnya:
Dengan syarat bahawa suatu cawangan hendaklah dalam apa-apa hal disifatkan berada di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain jika anggota cawangan atasan itu adalah dinamakan atau dipilih atau selainnya dipilih daripada anggota cawangan bawahan.
Read this section in the full act →
Find Act 832 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).