My bookmarksSign up free
← Malaysian Space Board Act 2022

Malaysian Space Board Act 2022 s 22

Malaysian Space Board Act 2022 s 22

s 22 Grant of launch permit

(1) Upon receipt of an application and payment of fee under section 19 and any additional document or information given under section 20, the Board may consider the application for a launch permit having regard to such requirements as may be prescribed. (2) Where the Board is satisfied that all the requirements prescribed for an application for a launch permit have been fulfilled, the Board may, by written notice, communicate to the applicant the Board’s intention to grant the launch permit subject to the applicant fulfilling the requirement for insurance under subsection (3). (3) The applicant for a launch permit shall cause to be insured in respect of any liability for any damage to a third party resulting from the launch of the space object into space to which the launch permit relates in such manner as may be prescribed. (4) Where the Board is satisfied that the requirement for insurance under subsection (3) has been fulfilled, the Board may grant a launch permit.

Malay text (authoritative)

Pemberian permit pelancaran

(1) Apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah seksyen 19 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan di bawah seksyen 20, Lembaga boleh menimbangkan permohonan bagi suatu permit pelancaran dengan mengambil kira apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan. (2) Jika Lembaga berpuas hati bahawa segala kehendak yang ditetapkan bagi permohonan suatu permit pelancaran telah dipenuhi, Lembaga boleh, melalui notis bertulis, menyampaikan kepada pemohon niat Lembaga untuk memberikan permit pelancaran itu tertakluk kepada pemohon memenuhi syarat bagi insurans di bawah subseksyen (3). (3) Pemohon bagi permit pelancaran hendaklah menyebabkan diinsuranskan berkenaan dengan apa-apa tanggungan bagi apa-apa kerosakan kepada pihak ketiga yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasa ke angkasa yang dengannya permit pelancaran itu berkaitan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan. (4) Jika Lembaga berpuas hati bahawa kehendak insurans di bawah subseksyen (3) telah dipenuhi, Lembaga boleh memberikan permit pelancaran.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 834 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next