My bookmarksSign up free
← Malaysian Space Board Act 2022

Malaysian Space Board Act 2022 s 3

Malaysian Space Board Act 2022 s 3

s 3 Territorial scope of offences under this Act

(1) If any offence under section 15 is committed by any person, whatever his nationality or citizenship, at any place outside Malaysia, he may be dealt with in respect of such offence as if the offence was committed at any place within Malaysia. (2) For the purposes of subsection (1), this Act shall apply if the offences are committed against— (a) any citizen of Malaysia; or (b) any property located outside Malaysia belonging to, or operated or controlled by, in whole or in part, the Government or the Government of any State in Malaysia, including diplomatic or consular premises of Malaysia, any citizen of Malaysia, or any body corporate incorporated, established or registered in Malaysia. (3) This Act shall apply to any offence under sections 24, 25, 27, 30, 36, 37 and 43 committed by any citizen of Malaysia, permanent resident or body corporate incorporated, established or registered in Malaysia, at any place outside Malaysia and such citizen, permanent resident or body corporate may be dealt with in respect of such offence as if the offence was committed at any place within Malaysia.

Malay text (authoritative)

Skop wilayah kesalahan di bawah Akta ini

(1) Sekiranya mana-mana kesalahan di bawah seksyen 15 dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai sekiranya kesalahan itu dilakukan terhadap— (a) mana-mana warganegara Malaysia; atau (b) apa-apa harta yang terletak di luar Malaysia yang dipunyai, atau dikendalikan atau dikawal oleh, secara keseluruhan atau sebahagiannya, Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia, termasuk premis diplomatik atau konsular Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia. (3) Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 24, 25, 27, 30, 36, 37 dan 43 yang dilakukan oleh mana-mana warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia, di mana-mana tempat di luar Malaysia dan warganegara, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan itu boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 834 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next