(1) Any person aggrieved—
(a) by the refusal of the Board to grant a licence, launch permit or launch certificate; or
(b) by the suspension or revocation of his licence, launch permit or launch certificate,
may, within thirty days after being informed in writing of the refusal, suspension or revocation, appeal in writing against such decision to the Minister.
(2) The Minister may, after considering the appeal made under subsection (1), confirm or set aside the decision appealed against.
Malay text (authoritative)
Rayuan
(1) Mana-mana orang yang terkilan—
(a) dengan keengganan Lembaga untuk memberikan suatu lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran; atau
(b) dengan penggantungan atau pembatalan lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancarannya,
boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keengganan, penggantungan atau pembatalan itu, membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Menteri.
(2) Menteri boleh, selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayukan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).