Malaysian Space Board Act 2022 s 40
s 40 Obligation to indemnify Government
(1) A launch service provider shall indemnify the Government against any claim and proceedings brought against the Government in respect of any damage resulting from the launch of a space object from a launch facility in Malaysia.
(2) Any citizen of Malaysia, permanent resident or body corporate incorporated, established or registered in Malaysia who is an owner of a space object shall indemnify the Government against any claim and proceedings brought against the Government in respect of any damage resulting from the launch of his or its space object from a launch facility outside Malaysia.
(3) Any citizen of Malaysia, permanent resident or body corporate incorporated, established or registered in Malaysia who is an owner of a space object shall indemnify the Government against any claim and proceedings brought against the Government in respect of any damage resulting from the operation of his or its space object which has been launched into the earth orbit or beyond.
(4) Any indemnity due and payable under subsections (1),
(2) and (3) may be recovered as a civil debt due to the Government.
Malay text (authoritative)
Obligasi untuk menanggung rugi Kerajaan
(1) Seseorang penyedia perkhidmatan pelancaran hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasa dari kemudahan pelancar di dalam Malaysia.
(2) Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasanya dari kemudahan pelancar di luar Malaysia.
(3) Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pengendalian objek angkasanya yang telah dilancarkan ke orbit bumi atau melepasinya.
(4) Apa-apa tanggung rugi yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) boleh dituntut sebagai suatu hutang sivil yang terhutang kepada Kerajaan.
Read this section in the full act β Β· Open Part VI β
Find Act 834 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).