My bookmarksSign up free
← Geographical Indications Act 2022

Geographical Indications Act 2022 s 35

Geographical Indications Act 2022 s 35

s 35 Importing or selling, etc., goods with falsely applied geographical indication

(1) Any person who— (a) imports into Malaysia for the purpose of trade or manufacture; (b) sells, or offers or exposes for sale; or (c) has in his possession, custody or control for the purpose of trade or manufacture, any goods to which a registered geographical indication is falsely applied under section 34, unless the person proves that having taken all reasonable precautions against committing an offence under this section, he had, at the time he allegedly committed the offence, no reason to suspect the genuineness of the geographical indication and on demand made by the Assistant Controller as defined in section 39, he gave all the information in his knowledge with respect to the persons from whom he obtained the goods, commits an offence. (2) Any person who commits an offence under subsection (1) shall, on conviction, be liable— (a) if the person is a body corporate, to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit for each of the goods with the falsely applied registered geographical indication, and for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding thirty thousand ringgit for each of the goods with the falsely applied registered geographical indication; or (b) if the person is not a body corporate, to a fine not exceeding ten thousand ringgit for each of the goods with the falsely applied registered geographical indication or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding twenty thousand ringgit for each of the goods with the falsely applied registered geographical indication, or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. (3) For the purposes of paragraph (1)(c), a person who has in his possession three or more of the goods to which a registered geographical indication is falsely applied is deemed to have in possession the goods for the purpose of trade or manufacture.

Malay text (authoritative)

Mengimport atau menjual, dsb., barang yang petunjuk geografi dipakaikan dengan salah

(1) Mana-mana orang yang— (a) m e n g i m p o r t k e d a l a m M a l a y s i a b a g i m a k s u d perdagangan atau pengilangan; (b) menjual, atau menawarkan atau mempamerkan bagi jualan; atau (c) mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan, apa-apa barang yang petunjuk geografi berdaftar dipakaikan dengan salah padanya di bawah seksyen 34, melainkan jika orang itu membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah terhadap melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini, dia telah, pada masa pelakuan kesalahan yang dikatakan itu, tiada sebab untuk mengesyaki ketulenan suatu petunjuk geografi itu dan atas permintaan yang dibuat oleh Penolong Pengawal sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 39, dia memberikan semua maklumat dalam pengetahuannya berkenaan dengan orang yang daripadanya dia memperoleh barang itu, melakukan suatu kesalahan. (2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan— (a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu; atau (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah petunjuk geografi berdaftar itu, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (3) Bagi maksud perenggan (1)(c), seseorang yang mempunyai dalam milikannya tiga atau lebih barang yang dipakaikan dengan salah suatu petunjuk geografi berdaftar disifatkan sebagai mempunyai dalam milikan barang itu bagi maksud perdagangan atau pengilangan.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 836 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next