(1) The Minister may, with the approval of the Public Prosecutor, make regulations prescribing—
(a) any offence under this Act as an offence which may be compounded; and
(b) the method and procedure for compounding such offence.
(2) The Controller may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, at any time before a prosecution is being instituted, compound any offence which may be compounded by making a written offer to the person reasonably suspected of having committed the offence to compound the offence upon payment to the Controller of a sum of money not exceeding fifty per centum of the amount of the maximum fine to which the person would have been liable to if he had been convicted of the offence, within such time as may be specified in the written offer.
(3) The written offer under subsection (2) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted, and where the amount specified in the written offer is not paid within the time specified in the written offer, or such extended time as the Controller may grant, the prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the written offer was made.
(4) Where an offence has been compounded under subsection (2), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and the Controller may forfeit or return the goods, document, material, article or thing seized in connection with the offence, subject to such terms as the Controller thinks fit.
(5) All sums of money received by the Controller under this section shall be paid into and form part of the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—
(a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2) Pengawal boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengawal suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3) Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang boleh diberikan oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.
(4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Pengawal boleh melucuthakkan atau memulangkan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengawal.
(5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).