My bookmarksSign up free
← Geographical Indications Act 2022

Geographical Indications Act 2022 s 77

Geographical Indications Act 2022 s 77

s 77 Institution of proceedings against certain uses of geographical indication

(1) Subject to the provisions of this Act, any interested person of goods identified by a geographical indication may institute Court proceedings against any person for carrying out an act to which this section applies in relation to the geographical indication. (2) This section shall apply to the following acts: (a) the use in the course of trade of a geographical indication by any means in the designation or presentation of any goods that indicates or suggests, in a manner which misleads the public as to the geographical origin of the goods, that the goods in question originate in a geographical area other than the true place of origin of the goods; (b) any use in the course of trade of a geographical indication which constitutes an act of unfair competition within the meaning of Article 10bis of the Paris Convention for the Protection of Industrial Property of 20 March 1883, as revised or amended from time to time, as specified in the Schedule; (c) any use in the course of trade of a geographical indication identifying wines for wines not originating in the place indicated by the geographical indication in question or a geographical indication identifying spirits for spirits not originating in the place indicated by the geographical indication in question, even if the true origin of the wines or spirits is indicated or the geographical indication is used in translation or accompanied by expressions such as “kind”, “type”, “style” or “imitation” or any similar word or expression. (3) Any use in the course of trade of a geographical indication within the meaning of subsection (2) shall be deemed to be an act to which this section applies, even if the geographical indication is literally true as to the geographical origin of the goods in question, provided that such use falsely represents to the public that the goods originate in another country, territory, region or locality. (4) For the purposes of subsection (2), “use in the course of trade of a geographical indication” includes the use of a trademark which contains or consists of the geographical indication in question. (5) This section shall apply to any use of a registered geographical indication which identifies any goods, other than a wine or spirit, belonging to a category of goods, in relation to any goods which are of the same category as that goods, but which did not originate in the place indicated by the registered geographical indication in question, even if the true origin of those goods is indicated or the geographical indication is used in translation or accompanied by any expressions such as “kind”, “type”, “style” or “imitation” or any similar word or expression. (6) Any use of a registered geographical indication within the meaning of subsection (5) shall be deemed to be an act to which this section applies, even if the geographical indication is literally true as to the geographical origin of the goods in question, provided that such use falsely represents to the public that the goods originate in another country, territory, region or locality. (7) Subsection (5) shall not apply to the use of a registered geographical indication to identify an ingredient of any goods, if the geographical indication is literally true as to the geographical origin of the ingredient in question, provided that such use does not falsely represent to the public that the goods originate in the place indicated by the geographical indication. (8) In an action under this section, the Court may grant— (a) an injunction subject to such conditions as the Court deems fit; or (b) in any case to which subsection (5), (6) or (7) applies— (i) an award of damages or account of profits; and (ii) any other legal remedies or reliefs as the Court deems fit.

Malay text (authoritative)

Pemulaan prosiding terhadap penggunaan tertentu petunjuk geografi

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mana-mana orang yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh suatu petunjuk geografi boleh memulakan prosiding Mahkamah terhadap mana-mana orang kerana melakukan suatu perbuatan yang seksyen ini terpakai berhubung dengan petunjuk geografi itu. (2) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi perbuatan yang berikut: (a) penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi dengan apa-apa cara mengenai nama atau penyampaian apa-apa barang yang menunjukkan atau mencadangkan, mengikut cara yang mengelirukan orang awam tentang tempat asal geografi barang itu, bahawa barang yang berkenaan berasal daripada kawasan geografi selain tempat asal sebenar barang itu; (b) apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi yang menjadi suatu tindakan persaingan tidak saksama mengikut pengertian Perkara 10bis Konvensyen Paris bagi Perlindungan Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883, sebagaimana yang disemak atau dipinda dari semasa ke semasa, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual; (c) apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi yang mengenal pasti wain bagi wain yang tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan atau suatu petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit bagi spirit yang tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan, walaupun jika asal sebenar wain atau spirit itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam terjemahan atau bersama dengan ungkapan seperti “jenis”, “macam”, “gaya” atau “tiruan” atau apa-apa perkataan atau ungkapan yang serupa. (3) Apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi mengikut pengertian subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai suatu perbuatan yang seksyen ini terpakai, walaupun jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang tempat asal geografi barang yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada negara, wilayah, rantau atau lokaliti lain. (4) Bagi maksud subseksyen (2), “apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi“ termasuklah penggunaan suatu cap dagangan yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang berkenaan. (5) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar yang mengenal pasti apa-apa barang, selain wain atau spirit, merujuk kepada suatu kategori barang, berhubung dengan apa-apa barang yang berada dalam kategori yang sama seperti barang itu, tetapi tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi berdaftar yang berkenaan, walaupun jika tempat asal sebenar barang itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam terjemahan atau bersama dengan apa-apa ungkapan seperti “jenis” “macam”, “gaya” atau “tiruan” atau apa-apa perkataan atau ungkapan yang serupa. (6) Apa-apa penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar mengikut pengertian subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai suatu perbuatan yang baginya seksyen ini terpakai, walaupun jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang asal geografi barang yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada negara, wilayah, rantau atau lokaliti lain. (7) Subseksyen (5) tidak terpakai bagi penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar untuk mengenal pasti suatu bahan apa-apa barang, jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang tempat asal geografi bahan yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu tidak memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi itu. (8) Dalam suatu tindakan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh memberikan— (a) suatu injunksi tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau (b) dalam apa-apa hal yang baginya subseksyen (5), (6) atau (7) terpakai— (i) suatu award ganti rugi atau akaun keuntungan; dan (ii) apa-apa remedi undang-undang atau relief lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 836 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next