My bookmarksSign up free
← Geographical Indications Act 2022

Geographical Indications Act 2022 s 86

Geographical Indications Act 2022 s 86

s 86 Electronic filing

(1) The Registrar may provide a service for the electronic filing of any document required to be filed with the Registrar under this Act. (2) A document electronically filed under this section shall be deemed to have satisfied the requirement for filing if the document is communicated or transmitted to the Registrar in such manner as determined by the Registrar. (3) A document that is required to be stamped, signed or sealed shall, if the document is to be electronically filed, be certified to be true copy or authenticated in such manner as determined by the Registrar. (4) Where a document that is required to be signed and attested under this Act is to be filed electronically, the requirement for attestation of the signature does not apply. (5) If a document is electronically filed with the Registrar, the Registrar shall not be liable for any loss or damage suffered by any person by reason of any error or omission of whatever nature or howsoever occurring, arising or appearing in any document obtained by any person under the service referred to in subsection (1), if such error or omission occurred, arose or appeared as a result of any defect or breakdown in the service or in the equipment used for the provision of the service or without the knowledge of the Registrar.

Malay text (authoritative)

Pemfailan elektronik

(1) Pendaftar boleh mengadakan suatu perkhidmatan bagi pemfailan elektronik bagi apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk difailkan dengan Pendaftar di bawah Akta ini. (2) Suatu dokumen yang difailkan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah memenuhi kehendak bagi pemfailan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar. (3) Suatu dokumen yang dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu hendak difailkan secara elektronik, diperaku sebagai salinan benar atau disahkan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar. (4) Jika suatu dokumen yang dikehendaki untuk ditandatangani dan diaku saksi di bawah Akta ini hendak difailkan secara elektronik, kehendak bagi pengakusaksian tandatangan itu tidak terpakai. (5) Jika suatu dokumen difailkan secara elektronik dengan Pendaftar, Pendaftar tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau peninggalan apa-apa jua jenis atau walau bagaimanapun berlaku, berbangkit atau yang terdapat dalam mana-mana dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1), jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku, berbangkit atau terdapat akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi menyediakan perkhidmatan itu atau tanpa pengetahuan Pendaftar.

Read this section in the full act → · Open Part XIV →

Find Act 836 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next