In this Act, unless the context otherwise requires—
“child” means a child of the deceased insured housewife—
(a) who is under twenty-one years old and includes—
(i) a dependent stepchild and an illegitimate child; and
(ii) an adopted child under any written law relating to adoption or under any custom or usage, on satisfactory proof of the adoption; and
(b) who is of any age and mentally retarded or physically incapacitated, and is incapable of supporting himself;
“domestic injury” means personal injury to an insured housewife caused by incident arising out of and in the course of managing her household including her family members and not of any industry, trade, business or profession carried on by her;
“contribution” means the sum of money payable to the Organization, by or on behalf of a housewife in accordance with this Act;
“prescribed” means prescribed by regulations made under this Act;
“permanent disablement” means any disablement of a permanent nature as a result of a domestic injury, which reduces the capacity of an insured housewife to manage household which she was capable of performing prior to or at the time of the domestic injury;
“Committee” means the Housewives’ Social Security Committee established under section 8;
“Appellate Medical Board” means the Appellate Medical Board constituted under the Employees’ Social Security (General) Regulations 1971 [P.U. (A) 99/1971] made under the Employees’ Social Security Act 1969 [Act 4];
“Government” means the Government of Malaysia;
“Director General” means the Director General of the Organization appointed under subsection 59(1) of the Employees’ Social Security Act 1969;
“Fund” means the Housewives’ Social Security Fund established under section 52;
“Board” means the Social Security Organization Board established under section 59b of the Employees’ Social Security Act 1969;
“Minister” means the Minister charged with responsibility for human resources;
“dependant” means—
(a) a child;
(b) a husband of the deceased insured housewife who shall be a citizen of Malaysia; or
(c) parents of the deceased insured housewife who shall be citizens of Malaysia;
“officers and servants of the Organization” means officers and servants of the Organization appointed under section 59l of the Employees’ Social Security Act 1969;
“Inspector” means an Inspector appointed under section 12 of the Employees’ Social Security Act 1969 and includes the Director General and every Deputy Director General;
“medical assessor” means the medical assessor appointed under the regulations made under this Act;
“Organization” has the meaning assigned to it in the Employees’ Social Security Act 1969;
“Scheme” means the Housewives’ Social Security Scheme established under section 4;
“housewife” means any female, whether married or unmarried, who manages a household, on a full time basis or not, and includes—
(a) a wife, divorcee or widow whose marriage has been registered under any written law; or
(b) a mother of a child or more including a single mother;
“insured housewife” means any housewife who has registered under section 14 in respect of whom contributions has been paid in accordance with this Act;
“contribution period” means a period of twelve consecutive months or any other period with effect from the time and date the contribution paid in advance by or on behalf of a housewife and ends at the time and date, as prescribed;
“coverage period” in relation to invalidity and for the purposes of section 36 means—
(a) the period of twenty months for twelve months of contributions paid in advance in respect of the insured housewife;
(b) the period of forty months for twenty-four months of contributions paid in advance in respect of the insured housewife; or
(c) the period in which contributions have been paid in respect of the insured housewife for not less than two-thirds of the number of complete months comprised in the period falling between the date when contributions first being paid by her under this Act and the month immediately preceding the month in which she has submitted a notice of invalidity, provided that the total number of monthly contributions paid during the aforesaid period shall be at least twenty-four;
“Deputy Director General” means the Deputy Director General of the Organization appointed under subsection 59(2) of the Employees’ Social Security Act 1969 including those appointed in accordance with subsection 5(3);
“Tribunal” means the Housewives’ Social Security Tribunal established under section 65.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak” ertinya anak bagi suri rumah berinsurans yang mati—
(a) yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan termasuklah—
(i) anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf; dan
(ii) anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
(b) yang tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang terencat mental atau tidak upaya secara fizikal, dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
“bencana domestik” ertinya kecederaan diri pada suri rumah berinsurans yang disebabkan oleh suatu kejadian berakibat daripada dan semasa menguruskan rumah tangganya termasuklah ahli keluarganya dan bukan bagi apa-apa perusahaan, perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan olehnya;
“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada Pertubuhan, oleh atau bagi pihak seorang suri rumah mengikut Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hilang upaya kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal yang disebabkan oleh suatu bencana domestik, yang mengurangkan keupayaan suri rumah berinsurans untuk mengurus rumah tangga yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana domestik itu;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“Jemaah Doktor Rayuan” ertinya Jemaah Doktor Rayuan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Am) 1971 [P.U. (A) 99/1971] yang dibuat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 52;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59b Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang tanggungan” ertinya—
(a) anak;
(b) suami suri rumah berinsurans yang mati yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia; atau
(c) ibu bapa suri rumah berinsurans yang mati yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
“pegawai dan pekhidmat Pertubuhan” ertinya pegawai dan pekhidmat Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 59 l Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Pemeriksa” ertinya seorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 12 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan termasuklah Ketua Pengarah dan tiap-tiap Timbalan Ketua Pengarah;
“penilai perubatan” ertinya penilai perubatan yang dilantik di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Skim” ertinya Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“suri rumah” ertinya mana-mana perempuan, sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin, yang menguruskan rumah tangga, atas dasar sepenuh masa atau tidak, dan termasuklah—
(a) seorang isteri, janda atau balu yang perkahwinannya didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(b) seorang ibu kepada seorang anak atau lebih termasuklah ibu tunggal;
“suri rumah berinsurans” ertinya mana-mana suri rumah yang telah berdaftar di bawah seksyen 14 yang berkenaan dengannya caruman telah dibayar mengikut Akta ini;
“tempoh caruman” ertinya suatu tempoh dua belas bulan berturut-turut atau apa-apa tempoh lain berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar terlebih dahulu oleh atau bagi pihak seorang suri rumah dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan;
“tempoh pelindungan” berhubung dengan keilatan dan bagi maksud seksyen 36 ertinya—
(a) tempoh dua puluh bulan bagi dua belas bulan caruman dibayar terlebih dahulu berkenaan dengan suri rumah berinsurans;
(b) tempoh empat puluh bulan bagi dua puluh empat bulan caruman dibayar terlebih dahulu berkenaan dengan suri rumah berinsurans; atau
(c) tempoh yang caruman telah dibayar berkenaan dengan suri rumah bagi tidak kurang daripada dua per tiga daripada bilangan bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula
dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan bulan sebaik sebelum bulan dia mengemukakan notis keilatan, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(2) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 termasuklah mereka yang dilantik mengikut subseksyen 5(3);
“Tribunal” ertinya Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah yang ditubuhkan di bawah seksyen 65.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).