(1) An insured housewife who is claiming or in receipt of benefits—
(a) shall remain under medical treatment at a hospital, dispensary, clinic or other institution provided under this Act and shall carry out the instructions given by a medical officer or medical attendant in charge of it;
(b) shall not do anything which might prejudice her chances of recovery while under treatment or physical rehabilitation;
(c) shall not leave the area in which medical treatment is provided under this Act without the permission of a medical officer as prescribed; and
(d) shall allow herself to be examined by any duly appointed medical officer or other person authorized by the Organization in this behalf.
(2) An insured housewife who is claiming or in receipt of such benefit shall attend to the health screening or health program as instructed by the Organization which shall be provided by the Organization at no cost.
(3) Any benefit may be suspended, if an insured housewife who is claiming or in receipt of such benefit fails to comply with any of the requirements of subsection (1) or (2), and such suspension shall be for such number of days as may be determined by the Organization.
Malay text (authoritative)
Penerima faedah untuk mematuhi syarat
(1) Suri rumah berinsurans yang menuntut atau sedang menerima faedah—
(a) hendaklah sentiasa berada di bawah rawatan perubatan di suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan hendaklah menjalankan arahan yang diberikan oleh pegawai perubatan atau atendan perubatan yang menjaga rawatan perubatannya;
(b) tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan peluangnya untuk sembuh semasa berada di bawah rawatan atau pemulihan jasmani;
(c) tidak boleh meninggalkan kawasan yang rawatan perubatan diperuntukkan di bawah Akta ini tanpa kebenaran pengamal perubatan sebagaimana yang ditetapkan; dan
(d) hendaklah membenarkan dirinya diperiksa oleh mana-mana pegawai perubatan yang dilantik dengan sewajarnya atau orang lain yang diberi kuasa oleh Pertubuhan bagi maksud ini.
(2) Suri rumah berinsurans yang menuntut atau sedang menerima faedah hendaklah hadir di saringan kesihatan atau program kesihatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pertubuhan yang diberikan oleh Pertubuhan tanpa kos.
(3) Apa-apa faedah boleh digantung, jika suri rumah berinsurans yang menuntut atau sedang menerima faedah itu tidak mematuhi apa-apa kehendak subseksyen (1) atau (2), dan penggantungan itu hendaklah bagi apa-apa bilangan hari sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).