My bookmarksSign up free
← Housewives' Social Security Act 2022

Housewives' Social Security Act 2022 s 80

Housewives' Social Security Act 2022 s 80

s 80 Court’s order in respect of contributions or benefits due and payable to Organization

(1) Any person who has been found guilty of any offence under section 78 or 79 and cause any non-payment of contributions to the Organization or cause any payment under this Act to be improperly received, the court before which the person is found guilty shall order such person to pay to the Organization the amount of any contribution or payment, together with any interest credited on such amount, due and payable to the Organization. (2) The amount of any contribution or payment referred to in subsection (1) shall be certified by an officer of the Organization authorized by the Director General to be due from such person prior to the date of such finding of guilt and the certification of the authorized officer shall be prima facie evidence of the amount due and payable to the Organization. (3) Where any person has been found guilty of an offence under section 78 or 79 relating to the content of any document or report produced to the Organization, the court before which the person is found guilty may order such person to submit the required document or report within the time determined by the court. (4) The amount of any contribution or payment referred to in subsection (1) shall be recoverable in the same manner as, and shall be appealable as if it was, an order for payment of compensation under section 426 of the Criminal Procedure Code, except where the court directs payment of the sum of money to be made by instalments, the court shall direct that the sum of money be paid in not more than six instalments within six months.

Malay text (authoritative)

Perintah mahkamah berkenaan dengan caruman atau faedah yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan

(1) Mana-mana orang yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen 78 atau 79 dan menyebabkan apa-apa caruman tidak dibayar kepada Pertubuhan atau menyebabkan apa-apa bayaran di bawah Akta ini diterima dengan tidak sepatutnya, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman atau bayaran itu, bersama dengan apa-apa bunga yang dikreditkan atas amaun itu, yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan. (2) Amaun apa-apa caruman atau bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diperakukan oleh pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah sebagai kena dibayar daripada orang itu sebelum tarikh dapatan bersalah itu dan perakuan pegawai diberi kuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai amaun yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan. (3) Sekiranya mana-mana orang yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen 78 atau 79 yang berhubungan dengan isi kandungan apa-apa dokumen atau laporan yang dikemukakan kepada Pertubuhan, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah boleh memerintahkan orang itu untuk mengemukakan dokumen atau laporan yang dikehendaki dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah. (4) Amaun apa-apa caruman atau bayaran yang disebut dalam subseksyen (1) boleh didapatkan balik mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayu seolah-olah ia ialah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah, kecuali jika mahkamah mengarahkan supaya bayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran dalam masa enam bulan.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 838 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next