Housewives' Social Security Act 2022 s 9
s 9 Establishment of committees
(1) The Board may establish any committee as the Board deems necessary or expedient to advise and assist the Board in the performance of its functions and in the exercise of its powers under this Act.
(2) The Board may delegate its functions and powers to any such committee subject to such terms and restrictions as the Board considers fit.
(3) Any committee established under subsection (1)—
(a) shall be chaired by the chairman appointed by the Board;
(b) shall conform to and act in accordance with any directions given to the committee by the Board; and
(c) may determine its own procedure.
(4) The members of the committee established under subsection (1) may be appointed from amongst the members of the Board or such other persons as the Board thinks fit.
(5) The members of the committee may be paid such allowances and other expenses as the Board may determine.
(6) A member of the committee shall hold office on such conditions and for such terms as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment for any term as the Board may determine.
(7) The Board may revoke the appointment of any member of the committee.
(8) A member of a committee may, at any time, resign by giving written notice to the Chairman of the Board.
(9) The Board may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee.
(10) A committee shall hold its meetings at such times and places as the Chairman of the committee may determine.
(11) A committee may invite any person to attend any meeting of the committee for the purpose of advising the committee on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting.
(12) Any person invited under subsection (11) may be paid such allowances as the Board may determine.
Malay text (authoritative)
Penubuhan jawatankuasa
(1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Lembaga untuk menasihati dan membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2) Lembaga boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa sedemikian tertakluk kepada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(3) Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
(a) hendaklah dipengerusikan oleh pengerusi yang dilantik oleh Lembaga;
(b) hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga; dan
(c) boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(4) Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(5) Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(6) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(7) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.
(8) Seorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
(9) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(10) Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi jawatankuasa.
(11) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(12) Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 838 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).