My bookmarksSign up free
← Independent Police Conduct Commission Act 2022

Independent Police Conduct Commission Act 2022 s 36

Independent Police Conduct Commission Act 2022 s 36

s 36 Protection from liability

(1) No action, suit, prosecution or proceeding shall be instituted in any court against the Commission, any member of the Commission, any officer of the Commission or any member of the Task Force in respect of any act or thing done or committed by or on behalf of the Commission, any member of the Commission, any officer of the Commission or any member of the Task Force in such capacity provided that the Commission, such member of the Commission, any officer of the Commission or any member of the Task Force had at the time had carried out its or his functions in good faith. (2) Subject to this Act, a person summoned to attend or when appearing before the Commission as a witness, or producing a document or other thing to the Commission has the same protection as a witness in any proceedings in the Court. (3) No criminal or civil liability apart from this Act attaches to a person for compliance, or purported compliance in good faith, with any requirement made under this Act; in particular, if a person gives any record of examination or a written statement on oath or affirmation or produces any document or other thing under this Act, no civil liability attaches to the person for doing so, whether that liability would arise under a contract or otherwise. (4) No evidence, document or findings of the Commission under this Act shall be admissible in any civil or criminal proceedings whatsoever against the person who gave the evidence if the person objects to giving any record of examination or a written statement on oath or affirmation or produces any document or other thing.

Malay text (authoritative)

Perlindungan daripada liabiliti

(1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan di dalam mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya atau mana-mana anggota Pasukan Petugas berkenaan dengan apa-apa tindakan atau benda yang dibuat atau dilakukan oleh atau bagi pihak Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya atau mana-mana anggota Pasukan Petugas atas sifat sedemikian dengan syarat bahawa Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya atau mana-mana anggota Pasukan Petugas telah pada masa itu menjalankan fungsinya dengan suci hati. (2) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang dipanggil untuk hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya sebagai seorang saksi, atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain kepada Suruhanjaya mempunyai perlindungan yang sama sebagai seorang saksi dalam mana-mana prosiding di Mahkamah. (3) Tiada liabiliti jenayah atau sivil selain Akta ini yang berhubung kait dengan seseorang kerana kepatuhan, atau yang berupa kepatuhan atas dasar suci hati, kepada apa-apa kehendak yang dibuat di bawah Akta ini; khususnya, jika seseorang memberikan apa-apa rekod pemeriksaan atau pernyataan bersumpah atau pengesahan bertulis atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain di bawah Akta ini, tiada liabiliti sivil yang boleh dikenakan pada orang itu kerana berbuat demikian, sama ada liabiliti itu akan timbul di bawah suatu kontrak atau selainnya. (4) Tiada keterangan, dokumen atau dapatan Suruhanjaya di bawah Akta ini boleh diterima dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah terhadap orang yang memberi keterangan jika orang itu membantah untuk memberikan apa-apa rekod pemeriksaan atau pernyataan bersumpah atau pengesahan bertulis atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 839 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next