My bookmarksSign up free
← Energy Efficiency and Conservation Act 2024

Energy Efficiency and Conservation Act 2024 s 52

Energy Efficiency and Conservation Act 2024 s 52

s 52 Release of seized documents, etc.

(1) If any document, record, computerized data, digitalized data, plan, drawing, material, plant, equipment, machinery, goods, energy-using product, product, label, item or thing has been seized under this Act, the authorized officer who effected the seizure may at any time after that, with the consent of the Public Prosecutor, release the document, record, computerized data, digitalized data, plan, drawing, material, plant, equipment, machinery, goods, energy-using product, product, label, item or thing to the person as he determines to be lawfully entitled to the document, record, computerized data, digitalized data, plan, drawing, material, plant, equipment, machinery, goods, energy-using product, product, label, item or thing, if he is satisfied that the document, record, computerized data, digitalized data, plan, drawing, material, plant, equipment, machinery, goods, energy-using product, product, label, item or thing is not otherwise required for the purpose of any proceedings under this Act, or for the purpose of any prosecution under any other written law, and in such event, neither the authorized officer effecting the seizure, nor the Government, the Commission or any person acting on behalf of the Government or the Commission shall be liable to any proceedings by any person if the seizure and the release of the document, record, computerized data, digitalized data, plan, drawing, material, plant, equipment, machinery, goods, energy-using product, product, label, item or thing had been effected in good faith. (2) A record in writing shall be made by the authorized officer effecting the release of any document, record, computerized data, digitalized data, plan, drawing, material, plant, equipment, machinery, goods, energy-using product, product, label, item or thing under subsection (1) specifying in detail the circumstances of, and the reason for, the release, and he shall send a copy of the record to the Public Prosecutor within seven days of the release.

Malay text (authoritative)

Pelepasan dokumen, dsb., yang disita

(1) Jika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh pada bila-bila masa selepas itu, dengan keizinan Pendakwa Raya, melepaskan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepada dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu, jika dia berpuas hati bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian, pegawai yang diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Suruhanjaya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu telah dibuat dengan suci hati. (2) Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari daripada pelepasan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 861 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next