My bookmarksSign up free
← Cross-Border Insolvency Act 2026

Cross-Border Insolvency Act 2026 s 2

Cross-Border Insolvency Act 2026 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “establishment” means any place where the debtor has property, or any place of operations where the debtor carries out a non-transitory economic activity with human means and property or services; “Court” means the Court as referred to in section 5; “foreign court” means a judicial or other authority competent to control or supervise foreign proceedings; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for law; “Malaysian insolvency office-holder” means— (a) the Official Receiver as defined in section 2 of the Companies Act 2016 [Act 777]; (b) a person appointed under the Companies Act 2016 to act in any of the following capacities: (i) liquidator or interim liquidator, whether in a compulsory or voluntary winding up; (ii) judicial manager or interim judicial manager in judicial management; (iii) nominee or supervisor of a corporate voluntary arrangement; or (iv) representative of a scheme of compromise or arrangement; (c) a person approved under the Labuan Companies Act 1990 [Act 441] as an approved liquidator; (d) any other person appointed by the Court under subsection 6(2) to act in a foreign State on behalf of any proceedings; or (e) any other such person or body recognized under any written law in Malaysia in a collective judicial or administrative proceedings in Malaysia, including interim proceedings, under the law relating to insolvency in which proceedings the property and affairs of the debtor are subject to control or supervision by the Court, for the purposes of reorganization or liquidation; “debtor” means— (a) a corporation as defined in section 3 of the Companies Act 2016 but does not include limited liability partnership and foreign limited liability partnership; or (b) a corporation as defined in section 2 of the Labuan Companies Act 1990; “foreign proceedings” means collective judicial or administrative proceedings in a foreign State, including interim proceedings, under the law relating to insolvency in which proceedings the property and affairs of the debtor are subject to control or supervision by a foreign court, for the purposes of reorganization or liquidation; “foreign non-main proceedings” means foreign proceedings other than foreign main proceedings taking place in a foreign State where a debtor has an establishment; “foreign main proceedings” means foreign proceedings taking place in a foreign State where the debtor has its centre of main interests; “Malaysian insolvency law” means— (a) this Act; (b) subdivisions 2 and 3 of Division 7 of Part III, Division 8 of Part III, and Parts IV and V of the Companies Act 2016; (c) sections 74, 127, 130 zb , 131, 131 a , 151 c and 151 d of the Labuan Companies Act 1990; (d) any subsidiary legislation made under this Act, the Companies Act 2016, the Labuan Companies Act 1990 and the Courts of Judicature Act 1964 [Act 91]; and (e) the common law of Malaysia relating to or in connection with any provision of this Act, the Companies Act 2016, the Labuan Companies Act 1990 and the Courts of Judicature Act 1964 or any provision of any subsidiary legislation made under this Act, the Companies Act 2016, the Labuan Companies Act 1990 and the Courts of Judicature Act 1964; “foreign representative” means a person or body appointed, including a person or body appointed on an interim basis, and authorized in foreign proceedings to administer the reorganization or liquidation of a debtor’s property or affairs or to act as a representative of the foreign proceedings. (2) In interpreting this Act, regard shall be had to its international origins and to the need to promote uniformity in its application and the observance of good faith.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “establismen” ertinya mana-mana tempat yang penghutang mempunyai harta, atau mana-mana tempat operasi yang penghutang menjalankan suatu aktiviti ekonomi bukan sementara dengan cara manusia dan harta atau perkhidmatan; “Mahkamah” ertinya Mahkamah sebagaimana yang disebut dalam seksyen 5; “mahkamah asing” ertinya pihak kehakiman atau pihak berkuasa lain yang kompeten untuk mengawal atau mengawasi prosiding asing; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang; “pemegang jawatan insolvensi Malaysia” ertinya— (a) Pegawai Penerima sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; (b) seseorang yang dilantik di bawah Akta Syarikat 2016 untuk bertindak dalam mana-mana kapasiti yang berikut: (i) penyelesai atau penyelesai interim, sama ada dalam penggulungan paksa atau sukarela; (ii) pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim dalam pengurusan kehakiman; (iii) penama atau penyelia suatu perkiraan sukarela korporat; atau (iv) wakil suatu skim kompromi atau perkiraan; (c) seseorang yang diluluskan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441] sebagai pelikuidasi yang diluluskan; (d) mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah di bawah subseksyen 6(2) untuk bertindak di suatu Negara asing bagi pihak mana-mana prosiding; atau (e) mana-mana orang atau badan lain yang diiktiraf di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia dalam suatu prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di Malaysia, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh Mahkamah, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian; “penghutang” ertinya— (a) suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016 tetapi tidak termasuk perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing; atau (b) suatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat Labuan 1990; “prosiding asing” ertinya prosiding kehakiman atau pentadbiran kolektif di suatu Negara asing, termasuk prosiding interim, di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi yang dalamnya prosiding mengenai harta dan hal ehwal penghutang adalah tertakluk kepada kawalan atau pengawasan oleh suatu mahkamah asing, bagi maksud penyusunan semula atau penyelesaian; “prosiding bukan utama asing” ertinya prosiding asing selain prosiding utama asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai suatu establismen; “prosiding utama asing” ertinya prosiding asing yang berjalan di suatu Negara asing yang penghutang mempunyai pusat kepentingan utamanya; “undang-undang insolvensi Malaysia” ertinya— (a) Akta ini; (b) subpenggal 2 dan 3 Penggal 7 Bahagian III, Penggal 8 Bahagian III, dan Bahagian IV dan V Akta Syarikat 2016; (c) seksyen 74, 127, 130 zb , 131, 131 a , 151 c dan 151 d Akta Syarikat Labuan 1990; (d) mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]; dan (e) common law Malaysia yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau mana-mana peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016, Akta Syarikat Labuan 1990 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964; “wakil asing” ertinya orang atau badan yang dilantik, termasuk orang atau badan yang dilantik secara interim, dan yang diberi kuasa dalam prosiding asing untuk mentadbir penyusunan semula atau penyelesaian harta atau hal ehwal penghutang atau untuk bertindak sebagai seorang wakil prosiding asing itu. (2) Dalam mentafsir Akta ini, hendaklah diambil kira asal usul antarabangsanya dan keperluan untuk menggalakkan keseragaman dalam pemakaiannya dan pematuhan niat baiknya.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 877 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next