(1) If any person who has any information relating to an offence or suspected offence under this Act fails—
(a) to give, on demand, such information; or
(b) to attend at such reasonable time and place to give such information,
when required to do so by—
(aa) any police officer above the rank of Inspector;
(bb) any member of the armed forces employed on guard, sentry, patrol or other similar duty; or
(cc) any public officer authorized by the Minister,
he shall be guilty of an offence punishable with imprisonment for a term not less than one year but not exceeding seven years.
(2) Before requiring a person to attend at such place and time, the police officer or member of the armed forces shall tender to him a sum which is reasonable for his expenses.
Malay text (authoritative)
Kewajipan untuk memberikan maklumat
(1) Jika seseorang ada apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini dan dia—
(a) tidak memberikan, apabila diminta, maklumat itu; atau
(b) tidak hadir pada sesuatu masa dan di tempat yang munasabah untuk memberikan maklumat itu,
apabila dikehendaki berbuat demikian oleh—
(aa) seseorang pegawai polis yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;
(bb) seseorang anggota angkatan tentera yang bertugas menjalankan kewajipan pengawal, sentri, peronda atau kewajipan lain yang seumpamanya; atau
(cc) seseorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri,
dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.
(2) Sebelum menghendaki seseorang hadir di sesuatu tempat dan pada sesuatu masa itu, pegawai polis atau anggota angkatan tentera itu hendaklah memberinya sejumlah wang yang berpatutan untuk perbelanjaannya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).