My bookmarksSign up free
← Official Secrets Act 1972

Official Secrets Act 1972 s 17

Official Secrets Act 1972 s 17

s 17 Communications with foreign agents to be evidence of commission of certain offences

(1) In any prosecution for an offence under this Act, the fact that a person has been in communication with, or attempted to communicate with, a foreign agent, whether within or without Malaysia, shall be evidence that he has, for a purpose prejudicial to the safety or interests of Malaysia, obtained or attempted to obtain or to communicate information which is likely to be or might be or is calculated to be or is intended to be directly or indirectly useful to a foreign power or to an enemy. (2) For the purpose of this section, but without prejudice to the generality of the foregoing provision— (a) a person shall, unless he proves the contrary, be presumed to have been in communication with a foreign agent if— (i) he has, either within or without Malaysia, visited the address of a foreign agent or consorted or associated with a foreign agent; or (ii) either, within or without Malaysia, the name or address of, or any other information regarding, a foreign agent has been found in his possession or control or has been supplied by him to any other person, or has been obtained by him from any other person; (b) (Deleted by Act A573); (c) any address, whether within or without Malaysia, reasonably suspected of being an address used for the receipt of communications intended for a foreign agent, or any address at which a foreign agent resides, or to which he resorts for the purpose of giving or receiving communications, or at which he carries on any business, shall be deemed to be the address of a foreign agent, and communications addressed to such an address to be communication with a foreign agent.

Malay text (authoritative)

Perhubungan dengan ejen negara asing hendaklah menjadi keterangan mengenai berlakunya kesalahan tertentu

(1) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, kenyataan bahawa seseorang telah berhubung dengan, atau cuba untuk berhubung dengan, seseorang ejen negara asing, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, hendaklah menjadi keterangan bahawa seseorang itu telah, bagi suatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan atau untuk menyampaikan maklumat yang mungkin atau boleh jadi dikira atau dikira menjadi atau dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada kuasa asing atau kepada seseorang musuh. (2) Bagi maksud seksyen ini, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang di atas— (a) seseorang hendaklah, melainkan jika dia membuktikan sebaliknya, dianggap telah berhubung dengan seorang ejen negara asing jika— (i) dia telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, melawati alamat seorang ejen negara asing atau berkawan atau bersekutu dengan seorang ejen negara asing; atau (ii) sama ada, di dalam atau di luar Malaysia, nama atau alamat, atau apa-apa maklumat lain berkenaan dengan seseorang ejen negara asing telah dijumpai dalam milik atau kawalannya atau telah diberikan olehnya kepada seseorang lain, atau telah didapatkan olehnya daripada seseorang lain; (b) (Dipotong oleh Akta A573); (c) sesuatu alamat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dengan munasabahnya disyaki sebagai alamat yang digunakan untuk menerima perhubungan yang dimaksudkan bagi seseorang ejen negara asing, atau alamat tempat seseorang ejen negara asing tinggal, atau tempat dia pergi bagi maksud memberikan atau menerima perhubungan, atau tempat dia menjalankan apa-apa urusan, hendaklah disifatkan sebagai alamat seseorang ejen negara asing, dan perhubungan yang dialamatkan ke alamat itu sebagai perhubungan dengan seseorang ejen negara asing.

Read this section in the full act →

Find Act 88 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next