Official Secrets Act 1972 s 20
s 20 Special powers of investigation
(1) Notwithstanding anything in any other law contained, the Public Prosecutor, if satisfied that there are reasonable grounds for suspecting that an offence under this Act has been, or is about to be, committed by any person, may by order authorize any police officer not below the rank of Assistant Superintendent named in such order to make an investigation in the matter in such manner or mode as may be specified in such order. Such order may authorize the investigation of any bank account or any other account or any article or any document which may be with any person or at any place and shall be sufficient authority for the disclosure or production by any person of all or any information or accounts or articles or documents as may be required by the officer so authorized.
(2) Any person who fails or refuses to disclose such information or to produce such accounts or articles or documents to the person so authorized shall be guilty of an offence punishable with a fine not exceeding two thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding one year or with both.
(3) An authorization to a police officer under subsection (1) to investigate a bank account shall be deemed to include an authorization to inspect any banker’s book considered relevant by the police officer so authorized, and such police officer may, at all reasonable times, enter the bank specified in such order and inspect such books kept therein and may take copies of any relevant entry in any such book.
(4) For the purpose of this section—
“bank” includes—
(a) any bank licensed under the Banking and Financial Institutions Act 1989 [Act 372];
(b) any co-operative society registered under any written law relating to co-operative societies;
(c) the Bank Simpanan Nasional;
(d) any finance companies registered under the Banking and Financial Institutions Act 1989; and
“banker’s book” includes ledgers, day books, cash books, account books and all other books and documents used in the ordinary course of the business of the bank.
Malay text (authoritative)
Kuasa khas mengenai penyiasatan
(1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undangundang yang lain, Pendakwa Raya, jika berpuas hati bahawa ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau hampir hendak dilakukan oleh seseorang, boleh dengan perintah memberi kuasa kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa yang disebut namanya dalam perintah itu membuat suatu siasatan mengenai perkara itu mengikut apa-apa cara atau kaedah yang
dinyatakan dalam perintah itu. Perintah itu boleh membenarkan disiasat sesuatu akaun bank atau sesuatu akaun lain atau sesuatu artikel atau sesuatu suratan yang mungkin ada pada seseorang atau di sesuatu tempat dan hendaklah menjadi kuasa yang cukup untuk seseorang mendedahkan atau mengemukakan segala atau sesuatu maklumat atau akaun atau artikel atau dokumen yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa sedemikian.
(2) Seseorang yang tidak atau enggan mendedahkan maklumat itu atau tidak atau enggan mengemukakan akaun atau artikel atau dokumen itu kepada orang yang diberi kuasa sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3) Sesuatu pemberian kuasa kepada seseorang pegawai polis di bawah subseksyen (1) untuk menyiasat sesuatu akaun bank hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu pemberian kuasa untuk memeriksa sesuatu buku jurubank yang difikirkan berkaitan oleh pegawai polis yang diberi kuasa sedemikian, dan pegawai polis itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki bank yang dinyatakan dalam perintah itu dan memeriksa mana-mana buku yang disimpan di dalamnya dan boleh mengambil salinan bagi mana-mana catatan yang berkaitan dalam mana-mana buku itu.
(4) Bagi maksud seksyen ini—
“bank” termasuklah—
(a) mana-mana bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(b) mana-mana syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat kerjasama;
(c) Bank Simpanan Nasional;
(d) mana-mana syarikat kewangan yang didaftarkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; dan
“buku jurubank” termasuklah lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan semua buku dan suratan lain yang digunakan dalam urusan biasa bank.
Read this section in the full act →
Find Act 88 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).