My bookmarksSign up free
← Official Secrets Act 1972

Official Secrets Act 1972 s 24

Official Secrets Act 1972 s 24

s 24 Protection of informers

(1) Except as hereinafter provided, no complaint as to an offence under this Act shall be admitted in evidence in any civil or criminal proceedings whatsoever, and no witness shall be obliged or permitted to disclose the name or address of any informer, or state any matter which might lead to his discovery. (2) If any documents which are in evidence or liable to inspection in any civil or criminal proceedings whatsoever contain any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court before which the proceeding is had shall cause all such passages to be concealed from view or to be obliterated so far as is necessary to protect the informer from discovery, but no further. (3) If in any proceeding relating to any offence under this Act or any prescribed offence the court, after full inquiry into the case, is of the opinion that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties thereto without the discovery of the informer, the court may require the production of the original complaint, if in writing, and permit inquiry and require full disclosure concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada sesuatu aduan mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah, dan tiada saksi boleh diwajibkan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat seseorang pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui. (2) Jika sesuatu dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi sesuatu catatan yang dalamnya seseorang pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan supaya semua perenggan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu. (3) Jika dalam sesuatu prosiding yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan mahkamah berpendapat, selepas siasatan penuh berkenaan dengan kes itu, bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki supaya aduan yang asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan mengkehendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.

Read this section in the full act β†’

Find Act 88 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next