My bookmarksSign up free
← Official Secrets Act 1972

Official Secrets Act 1972 s 25

Official Secrets Act 1972 s 25

s 25 Liability for offences outside Malaysia

(1) The provisions of this Act shall, in relation to citizens, permanent residents of Malaysia and to persons (whether citizens or not) who hold or have at any time held office in a public service, have effect outside as well as within Malaysia; and when an offence under this Act is committed in any place outside Malaysia by any citizen, permanent resident or by any person (whether a citizen or not) who holds or had at any time held office in a public service, he may be dealt with in respect of such offence as if it had been committed at any place within Malaysia at which he may be found. (2) Any proceeding against any person under this section which would be a bar to subsequent proceedings against such person for the same offence if such offence had been committed in Malaysia shall be a bar to further proceedings against him under any written law relating to extradition or the surrender of fugitive criminals in force in Malaysia.

Malay text (authoritative)

Tanggungan bagi kesalahan di luar Malaysia

(1) Peruntukan Akta ini, berhubung dengan warganegara, pemastautin tetap Malaysia dan orang (sama ada warganegara atau tidak) yang memegang atau telah pada bila-bila masa memegang jawatan dalam sesuatu perkhidmatan awam hendaklah berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia; dan apabila sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan di mana-mana tempat di luar Malaysia oleh seseorang warganegara, pemastautin tetap atau oleh seseorang (sama ada warganegara atau tidak) yang memegang atau telah pada bila-bila masa memegang jawatan dalam sesuatu perkhidmatan awam, maka bolehlah diambil tindakan terhadapnya mengenai kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di sesuatu tempat di dalam Malaysia yang dia boleh dijumpai. (2) Apa-apa prosiding terhadap seseorang di bawah seksyen ini yang akan menjadi penghalang terhadap prosiding yang kemudian terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap prosiding selanjutnya terhadap orang itu di bawah manamana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan ekstradisi atau penyerahan penjenayah buruan.

Read this section in the full act →

Find Act 88 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next