Petroleum Mining Act 1966 s 12
s 12 Regulations
(1) The Yang di-Pertuan Agong may make regulations generally for the purposes of carrying into effect this Act, and in particular the regulations may provide for—
(i) the form and contents of the model petroleum agreement;
(ii) the appointment, duties, privileges and powers of officers to enforce this Act including an exploration licence and any petroleum agreement issued or entered into thereunder;
(iii) the fees to be paid in respect of anything to be done under this Act including the issue of an exploration licence and the entering into of a petroleum agreement;
(iv) the prevention of fires in areas where oil mining is carried on;
(v) the establishment of safety areas around any petroleum reserve installations erected on the sea bed: Provided that no safety area around petroleum mining installations erected on off-shore land beyond territorial waters shall be required to exceed five hundred metres in radius;
(vi) the general safety, health, working conditions and welfare of persons engaged in oil mining whether on-shore or off-shore; and
(vii) the amendment of the First Schedule.
(2) Regulations made under paragraph (1)(i) to (iii), so far as they relate to the States, shall not take effect in any State until the same shall have been concurred to by the State Authority concerned; and any regulations made under paragraph (1)(vi) may provide that the regulations shall be in addition to or in substitution for the written law relating to labour and any regulations made thereunder relating to the matters specified in that paragraph.
Malay text (authoritative)
Peraturan-peraturan
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan- peraturan secara am bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, dan khususnya peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan mengenai—
(i) bentuk dan kandungan contoh perjanjian petroleum;
(ii) pelantikan, kewajipan, keistimewaan dan kuasa pegawai untuk menguatkuasakan Akta ini termasuklah lesen pengeksplorasian dan apa-apa perjanjian petroleum yang dikeluarkan atau dibuat di bawahnya;
(iii) fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa jua yang dikehendaki dilakukan di bawah Akta ini termasuklah pengeluaran suatu lesen pengeksplorasian dan pembuatan sesuatu perjanjian petroleum;
(iv) pencegahan kebakaran dalam kawasan di mana pelombongan minyak dijalankan;
(v) penubuhan kawasan keselamatan di sekeliling mana-mana pepasangan rizab petroleum yang didirikan di dasar laut: Dengan syarat bahawa tiada kawasan keselamatan di sekeliling pepasangan pelombongan petroleum yang didirikan di atas tanah di luar pesisir di luar perairan wilayah boleh dikehendaki melebihi lingkungan lima ratus meter;
(vi) keselamatan am, kesihatan, keadaan kerja dan kebajikan orang yang bekerja dalam pelombongan minyak sama ada di daratan atau di luar pesisir; dan
(vii) pemindaan Jadual Pertama.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (1)(i) hingga (iii), setakat yang berhubungan dengan Negeri, tidak boleh berkuat kuasa dalam mana-mana Negeri sehingga peraturan itu dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan; dan apaapa peraturan yang dibuat di bawah perenggan (1)(vi) boleh memperuntukkan bahawa peraturan itu hendaklah sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buruh dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung dengan perkara yang ditentukan dalam perenggan itu.
Read this section in the full act →
Find Act 95 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).