My bookmarksSign up free
← Petroleum Mining Act 1966

Petroleum Mining Act 1966 s 14

Petroleum Mining Act 1966 s 14

s 14 Permission to enter upon alienated land

(1) Where a licensee or a person who is a party to a petroleum agreement has been refused entry upon any alienated land by the owner thereof, the licensee or the person may make an application to the State Authority for permission to enter upon that land; and the State Authority may, subject to subsection (2), grant the permission applied for on condition that the applicant undertakes to pay compensation for all the damage which may be caused to the land or crops or property therein upon such entry or on such other conditions as the State Authority may deem fit to impose. (2) Before granting the permission under subsection (1), the State Authority shall grant to the owner of the alienated land the right of being heard, and the permission so granted shall be final and shall not be questioned in any court of law. (3) Upon the production to the owner of the alienated land of the permission granted under subsection (1), the owner shall allow the person in whose favour the permission is granted or a person authorized by him to enter upon that land. (4) If, after the permission referred to under subsection (1) has been produced to him, the owner of the alienated land refuses or fails to allow entry upon his land by the person in whose favour the permission is granted or the person authorized by him, the owner shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred ringgit and a further fine not exceeding ten ringgit for every day during which the refusal or the failure continues. (5) For the purpose of this section the expression “owner” includes chargee, lessee, occupier or any person having interest in the land; and the expression “entry” includes the exercising of any rights contained in the licence or the petroleum agreement.

Malay text (authoritative)

Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik

(1) Jika seseorang pemegang lesen atau seseorang yang menjadi suatu pihak kepada sesuatu perjanjian petroleum telah tidak dibenarkan memasuki mana-mana tanah beri hakmilik oleh pemunya tanah itu, pemegang lesen atau orang itu boleh membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi mendapatkan kebenaran untuk memasuki tanah itu; dan Pihak Berkuasa Negeri itu boleh, tertakluk kepada subseksyen (2), memberikan kebenaran yang dipohon itu dengan syarat bahawa pemohon itu mengaku janji akan membayar pampasan bagi segala kerosakan yang mungkin disebabkan kepada tanah itu atau tanaman atau harta di dalamnya kerana kemasukan itu atau atas apa-apa syarat lain sebagaimana didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Negeri patut dikenakan. (2) Sebelum memberikan kebenaran di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemunya tanah beri hakmilik itu hak untuk didengar, dan kebenaran yang diberikan sedemikian muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam manamana mahkamah. (3) Apabila dikemukakan kepada pemunya tanah beri hakmilik kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1), pemunya itu hendaklah membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau seseorang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanah itu. (4) Jika, selepas kebenaran yang disebut di bawah subseksyen (1) dikemukakan kepadanya, pemunya tanah beri hakmilik itu enggan atau tidak membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau orang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanahnya, pemunya itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ringgit bagi tiap-tiap hari dia terus enggan atau tidak membenarkan orang itu masuk. (5) Bagi maksud seksyen ini ungkapan “pemunya” termasuklah pemegang gadaian, penerima pajak, penghuni atau mana-mana orang yang ada kepentingan mengenai tanah itu; dan ungkapan “kemasukan” termasuklah penggunaan apa-apa hak yang terkandung dalam lesen atau perjanjian petroleum itu. J ADUAL PERTAMA [Subseksyen 5(1) dan perenggan 12(1)(vii)] PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN LESEN PENGEKSPLORASIAN ATAU BAGI MENDAPATKAN PERJANJIAN PETROLEUM (1) Nama penuh pemohon (pemohon-pemohon): (2) Jika permohonan dibuat oleh individu atau individu-individu— (a) alamat: (b) kewarganegaraan: (c) pekerjaan: setiap individu. (3) Jika permohonan dibuat oleh syarikat— (a) undang-undang yang di bawahnya syarikat itu diperbadankan: (b) tempat utama perniagaan: (c) jika tempat utama perniagaan di luar Malaysia, nama dan alamat ejen yang diberi kuasa dengan sewajarnya di Malaysia: (d) jenis perniagaan: (e) nama dan kewarganegaraan setiap pengarah: (f) nama setiap pemegang syer utama dan jumlah syer yang dipegang olehnya: (4) Sama ada perjanjian petroleum di daratan atau perjanjian petroleum di luar pesisir atau lesen pengeksplorasian petroleum diperlukan: (5) Kedudukan dan anggaran keluasan tanah yang berkenaan dengannya permohonan dibuat: (6) Butir-butir ringkas mengenai pengalaman terdahulu dalam kerja mencari gali petroleum atau memajukan medan minyak: (7) Nama dan kelayakan pakar atau penasihat teknik: (8) Butir-butir ringkas mengenai kepentingan dalam dan akses kepada kemudahan penapisan dan pemasaran di luar Malaysia: (9) Amaun modal bagi operasi di bawah lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum yang dipohon— (a) yang ada pada masa ini: (b) yang boleh diadakan oleh pemohon dan sumbernya: Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua butir yang dinyatakan di atas adalah betul. Tandatangan Pemohon (Pemohon-pemohon)* *Jika pemohon ialah suatu syarikat nyatakan atas sifat apa borang ditandatangani. J ADUAL KEDUA [Subseksyen 7(5)] Kerajaan............ LESEN PENGEKSPLORASIAN Tafsiran 1. (1) Dalam lesen ini— “kawasan pengeksplorasian” ertinya kawasan tanah di luar pesisir/di daratan yang dinyatakan dalam Jadual di bawah ini, dan jika sebahagian daripada kawasan itu telah terhenti menjadi perkara lesen ini mengikut terma dan syarat lesen ini, kawasan itu sebagaimana yang dikurangkan mengikutnya; “pemegang lesen” ertinya ......................................* dan termasuk penggantipenggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya; *Masukkan nama dan alamat pemegang lesen. Raja† †“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Negeri dan, Yang Di-Pertuan Negeri† Menteri Besar† kecuali dalam Fasal 2,3,4, 8(2), 25 dan 26 termasuk ; Ketua Menteri† †“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Yang di-Pertuan Agong dan, kecuali dalam Fasal 2, 3, 4, 8(2), 25 dan 26, termasuk Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah dan lombong; “telaga” termasuklah lubang gerek. (2) Apa-apa obligasi yang dikehendaki dipatuhi oleh pemegang lesen hendaklah, pada bila-bila masa apabila pemegang lesen itu daripada seorang, bersesama dan berasingan. (3) Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam lesen ini yang tidak ditakrifkan dalam lesen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Pelombongan Petroleum 1966 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta itu. Hak untuk mencari petroleum 2. Sebagai balasan bagi bayaran yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan pelaksanaan dan kepatuhan oleh pemegang lesen akan segala terma dan syarat lesen ini, LESEN DAN KEBEBASAN dengan ini diberikan di bawah Akta Pelombongan Petroleum 1966 kepada pemegang lesen untuk mencari petroleum dalam kawasan pengeksplorasian sepanjang berterusannya lesen ini bersama dengan orang lain yang telah diberi atau mungkin akan diberi kemudiannya hak yang serupa dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lesen ini: Dengan syarat bahawa sekiranya Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum berkenaan dengan kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya dengan pemegang lesen atau dengan mana-mana orang lain hakhak yang dengan ini diberikan berkenaan dengan kawasan yang diliputi oleh perjanjian petroleum itu hendaklah tamat dengan serta-merta tanpa Pihak Berkuasa Petroleum kena membayar apa-apa pampasan kepada pemegang lesen itu. †Potong-mana-mana yang tidak berkenaan. Perizaban yang berhubungan dengan kuasa untuk mengerjakan galian, untuk memberikan lesen, pajakan, dsb. 3. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (2), hak dan kuasa yang diberikan di bawah lesen ini tertakluk kepada perizaban yang berikut, iaitu dengan ini dirizabkan— (a) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk mencari, menggali, mengerjakan dan mendapatkan apa-apa arang batu atau galian atau bahan lain termasuk petroleum di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya; (b) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum berkenaan dengan keseluruhan kawasan pengeksplorasian untuk memberikan pajakan atau lesen kepada mana-mana orang untuk mencari, menggali, mengerjakan, melombong dan mendapatkan apa-apa batu arang atau galian lain (termasuk petroleum) di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya; (c) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk masuk ke dalam atau ke atas apa-apa bahagian tanah berlesen yang merupakan tanah Kerajaan atau yang diletakhakkan pada Kerajaan Persekutuan bagi maksud menggunakan segala hak yang diberikan oleh undangundang kepada Pihak Berkuasa Petroleum termasuk hak yang diberikan kepada pemegang lesen dalam Fasal 2 dan apa-apa hak untuk memberikan pajakan atau lesen atas semua tanah atau mana-mana bahagiannya. (2) Perizaban yang terkandung dalam Fasal ini tidak boleh digunakan dengan cara yang boleh menghalang atau mengganggu atau membolehkan mana-mana orang atau badan menghalang atau mengganggu hak dan kuasa pemegang lesen di bawah lesen ini. Kuasa untuk menyisihkan bahagian 4. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang terdahulu Pihak Berkuasa Petroleum mempunyai kuasa pada bila-bila masa untuk menyisihkan dari kawasan pengeksplorasian mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian yang dari semasa ke semasa dikehendaki bagi apa-apa jua maksud awam: Dengan syarat bahawa bahagian yang disisihkan di bawah Fasal ini hendaklah terus menjadi sebahagian daripada kawasan pengeksplorasian tertakluk kepada lesen ini tetapi tiada apa-apa operasi di bawah lesen ini boleh dijalankan ke atas atau dalam bahagian itu, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang mengawal bahagian yang disisihkan itu. (2) Pemegang lesen hendaklah dibebaskan daripada segala liabiliti dan obligasi di bawah lesen ini berkenaan dengan mana-mana bahagian yang disisihkan menurut Fasal ini kecuali liabiliti dan obligasi yang telah terakru sebelum penyisihan itu. Sekatan ke atas kuasa pemegang lesen 5. (1) Tiada apa-apa jua dalam lesen ini boleh memberi kuasa atau membenarkan pemegang lesen memasuki atau menduduki atau menggunakan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan boleh Fasal 2 berhubung dengan— (a) mana-mana kawasan yang dianggap suci (dan bagi maksud perenggan ini, jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada mana-mana kawasan itu dianggap suci, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Menteri Besar*/Ketua Menteri* yang keputusannya adalah muktamad); (b) melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada Pihak Berkuasa Petroleum (kebenaran itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat munasabah yang dikenakan), mana-mana bahagian yang berikut dalam kawasan pengeksplorasian itu: (i) mana-mana bahagian yang diasingkan atau digunakan atau diuntukkan atau diserahkan bagi maksud awam; (ii) mana-mana bahagian yang terletak dalam atau diliputi oleh mana-mana perbandaran, bandar, kampung, pasar, tanah perkuburan atau pusara atau yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri; (iii) mana-mana bahagian yang menjadi tapak atau dalam lingkungan lima puluh ela dari mana-mana bangunan, pepasangan, kolam air, empangan, jalan awam atau jalan trem atau yang diuntukkan bagi atau terletak dalam lingkungan lima puluh ela dari manamana jalan keretapi; dan (iv) mana-mana bahagian yang sebenarnya sedang diusahakan dengan tanaman; (c) mana-mana bahagian yang terdiri daripada tanah beri hakmilik (selain tanah yang termasuk dalam subperenggan (b)) melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada pemunya tanah, atau, dalam hal pemunya enggan memberikan kebenaran itu, daripada Menteri Besar* /Ketua Menteri *: Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar kepada pemunya tanah itu pampasan yang berpatutan dan mencukupi bagi apa-apa kerosakan tanah atau tanaman yang tumbuh di atas tanah itu atau apa-apa harta di dalamnya yang disebabkan oleh pemegang lesen atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya berkaitan dengan operasi yang dibenarkan di bawah lesen ini. Sekiranya ada apa-apa pertikaian tentang siapakah yang sebenarnya yang menjadi penghuni sah, atau pemunya, tanah itu, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan Menteri Besar*/Ketua Menteri* apa-apa jumlah wang yang ternyata padanya merupakan pembayaran penuh atau sebahagian yang munasabah apa-apa jua pampasan yang pemegang lesen mungkin didapati kena membayarnya kepada orang itu tetapi tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun itu yang dibayar yang melebihi pampasan tersebut. *Potong mana-mana yang tidak berkenaan. (2) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia. (3) Pemegang lesen tidak boleh menghalang atau mencegah mana-mana orang mendapat akses kepada atau menggunakan atas risikonya sendiri apa-apa jalan yang dibina mengikut lesen ini: Dengan syarat bahawa— (a) jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh menyebabkan kerosakan yang ketara kepada jalan itu atau akan menambahkan belanja penyenggaraan jalan itu dengan banyaknya, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika selepas diminta berbuat demikian, orang itu membayar sumbangan yang munasabah untuk belanja penyenggaraan jalan itu; dan (b) jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan-apa-apa cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh secara material mengganggu penggunaan dan penikmatan bebas jalan itu oleh pemegang lesen, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika, selepas diminta berbuat demikian, orang itu mengehadkan penggunaan jalan itu untuk menghentikan gangguan itu. Kaedah mencari gali 6. Hak untuk mencari petroleum yang diberikan oleh lesen ini hendaklah termasuk mencari gali dan menjalankan pengukuran geologi dengan cara geofizik, topografi dan kimia dan menggerudi bagi maksud mendapatkan maklumat geologi tentang lintap dalam kawasan pengeksplorasian tetapi tidak termasuk apa-apa hak untuk mendapatkan petroleum atau apa-apa hak untuk menggerudi telaga bagi pengeluaran petroleum. Tempoh lesen 7. Lesen ini hendaklah berkuat kuasa dan terus berkuat kuasa selama tempoh dua tahun selepas....................................20......... melainkan jika ditamatkan sebelum tarikh itu atau dilanjutkan di bawah mana-mana peruntukan lesen ini. Hak pemegang lesen untuk menamatkan lesen 8. (1) Tanpa menyentuh apa-apa obligasi atau liabiliti yang dikenakan oleh atau ditanggung di bawah terma dan syarat lesen ini pemegang lesen boleh pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun tersebut menamatkan lesen ini dengan terlebih dahulu memberikan notis bertulis tidak kurang daripada enam bulan kepada Pihak Berkuasa Petroleum bagi maksud itu. (2) Jika pemegang lesen memohon secara bertulis, tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh lesen ini, supaya lesen ini dilanjutkan, Pihak Berkuasa Petroleum boleh, mengikut subseksyen 7(3) Akta Perlombongan Petroleum 1966, melanjutkan lesen ini berkenaan dengan keseluruhan kawasan pengeksplorasian yang pada masa ini terkandung dalam lesen ini atau manamana bahagiannya selama tempoh satu tahun lagi atas terma dan syarat yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen ini: Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar balasan tambahan bagi pelanjutan yang dipohon olehnya itu dan hendaklah telah melaksanakan obligasinya di bawah lesen ini setakat tarikh permohonan itu. (3) Jika apa-apa pelanjutan seterusnya dikehendaki permohonan yang serupa hendaklah dibuat dan perenggan (2) hendaklah terpakai bagi permohonan itu. Pembayaran balasan bagi lesen 9. (1) Pemegang lesen hendaklah membayar kepada Pihak Berkuasa Petroleum apabila diberi lesen ini sebanyak................................ ringgit. (2) Pemegang lesen tidak dengan sebab penamatan lesen atau apa-apa pengurangan kawasan pengeksplorasian berhak dibayar apa-apa pampasan atau diberi rebat mana-mana bahagian apa-apa jumlah wang yang kena dibayar menurut lesen ini. Memulai dan meninggalkan serta menutup telaga 10. (1) Pemegang lesen tidak boleh memulai atau, selepas meninggalkannya dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tidak boleh memulai semula penggerudian mana-mana telaga tanpa keizinan bertulis Pihak Berkuasa Petroleum. (2) Pemegang lesen tidak boleh meninggalkan mana-mana telaga tanpa terlebih dahulu memberitahu Pihak Berkuasa Petroleum secara bertulis kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (5) dan (6). (3) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua syarat yang tertakluk kepadanya apa-apa keizinan di bawah perenggan (1) diberikan. (4) Jika sesuatu syarat sebagaimana yang disebut dalam perenggan (3) adalah berhubung dengan kedudukan atau dalamnya telaga itu atau arahnya atau jika sesuatu syarat di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu adalah berhubung dengan apa-apa penyelongsongan, penutupan atau pengedapan telaga itu, Pihak Berkuasa Petroleum boleh dari semasa ke semasa mengarahkan supaya telaga itu dan segala rekod yang berhubungan dengannya diperiksa dengan apa-apa cara pada bila-bila masa atau pada lat tempoh dan oleh mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan melalui arahan Pihak Berkuasa Petroleum dan pemegang lesen itu hendaklah membayar kepada mana-mana orang itu atau kepada Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa fi dan perbelanjaan bagi pemeriksaan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Petroleum. (5) Jika hak pemegang lesen dalam mana-mana bahagian kawasan pengeksplorasian tamat oleh sebab Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum dengan orang lain sebagaimana yang tersebut dalam proviso kepada Fasal 2, pemegang lesen itu hendaklah dalam tempoh satu bulan selepas itu menutup mana-mana telaga pemegang lesen itu dalam bahagian kawasan pengeksplorasian itu. (6) Semua telaga pemegang lesen (selain telaga yang baginya perenggan (5) terpakai) dalam kawasan pengeksplorasian hendaklah, melainkan jika diputuskan sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Petroleum, ditutup oleh pemegang lesen tidak kurang daripada satu bulan sebelum berakhinya atau tamatnya hak pemegang lesen itu di bawah lesen ini. (7) Penutupan mana-mana telaga hendaklah dilakukan mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang terpakai bagi telaga itu atau telaga-telaga pada amnya atau bagi sesuatu kelas telaga yang telaga itu termasuk dalamnya dan hendaklah dilakukan dengan cekap dan baik. Jarak telaga dari sempadan kawasan pengeksplorasian 11. Tiada telaga boleh digerudi atau dibuat sehingga mana-mana bahagiannya kurang daripada satu ratus dua puluh lima meter dari mana-mana sempadan kawasan pengeksplorasian kecuali dengan keizinan bertulis Pihak Berkuasa Petroleum. Penghindaran kaedah kerja mudarat 12. (1) Pemegang lesen hendaklah menyenggara semua radas dan alat dan semua telaga yang belum ditinggalkan dan ditutup sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 10 dalam keadaan baik dan terpelihara dan hendaklah menjalankan semua operasi dalam atau berkaitan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang sepatutnya dan baik mengikut kaedah dan amalan pengeksplorasian yang lazim digunakan dalam amalan medan minyak yang baik dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu pemegang lesen hendaklah mengambil segala langkah yang praktik untuk— (a) menghalang pelepasan atau pembaziran petroleum yang ditemui di kawasan pengeksplorasian; (b) memulihara kawasan pengeksplorasian bagi operasi yang produktif; (c) menghalang kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum; (d) menghalang kemasukan air melalui telaga ke lintap yang mengandungi petroleum; dan (e) menghalang pelepasan petroleum ke dalam mana-mana air dalam atau di sekitar kawasan pengeksplorasian. (2) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan secara bertulis yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1). Jika pemegang lesen membantah mana-mana arahan itu atas alasan bahawa arahan itu tidak munasabah dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh arahan itu diberikan, merujukkan perkara itu kepada timbang tara mengikut cara yang diperuntukkan oleh Fasal 27. (3) Pemegang lesen hendaklah memberikan notis kepada Pihak Berkuasa Petroleum tentang apa-apa kejadian yang menyebabkan pelepasan atau pembaziran petroleum, kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum atau kemasukan air melalui telaga kepada lintap yang mengandungi petroleum dalam masa tiga hari dari kejadian itu berlaku. Penebangan pokok kayu 13. (1) Pemegang lesen tidak boleh menebang atau mengambil apa-apa pokok kayu atau pokok yang dilindungi kecuali dengan keizinan pihak berkuasa yang berkenaan dan dengan bayaran fi dan royalti yang ditetapkan melalui undangundang. (2) Jika pemegang lesen menebang atau mengambih apa-apa pokok produktif lain, dia hendaklah membayar pampasan yang berpatutan dan mencukupi kepada pemunyanya: Dengan syarat bahawa sekiranya timbul apa-apa pertikaian atau ketidakpastian tentang pemunya apa-apa pokok produktif, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan Menteri Besar* /Ketua Menteri *, apa-apa amaun yang pada pendapatnya merupakan bayaran yang munasabab sama ada secara penuh atau sebahagian bagi apa-apa jua pampasan yang mungkin didapati kena dibayar oleh pemegang lesen itu kepada pemunya pokok itu tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun yang telah dibayar melebihi pampasan tersebut. Penangkapan ikan dan pelayaran 14. Pemegang lesen tidak boleh menjalankan apa-apa operasi yang dibenarkan oleh lesen ini dalam atau berdekatan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang pada pendapat Pihak Berkuasa Petroleum boleh mengganggu dengan tidak sewajarnya pelayaran atau penangkapan ikan di perairan kawasan pengeksplorasian atau pemuliharaan sumber hidupan laut.

Read this section in the full act →

Find Act 95 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next